My bookmarksSign up free
← Federal Territory (Planning) Act 1982

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 41

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 41

s 41 Determination of development charge

(1) Before granting planning permission for any development, the Commissioner shall determine whether a development charge is payable in respect of the development and, if payable, the amount thereof, and shall serve on the applicant for planning permission an order in the prescribed form demanding payment of the amount: Provided that the Commissioner may in his discretion permit the development charge to be paid by such number of instalments as he deems just together with interest thereon at such rate as he may fix. (2) Notwithstanding anything in this Act, the Commissioner may refuse to grant planning permission or revoke any development order granting planning permission for any development at any time if the development charge in respect of such development or any part thereof remains unpaid; and section 25 shall not apply to any development order revoked under this subsection. (3) The Commissioner may at any time vary any order issued under subsection (1) if he is satisfied that subsequent to the issue of such order the actual density, floor area or plot ratio differs from the density, floor area or plot ratio upon which the development charge has been based, and shall determine the new development charge accordingly and make an order to that effect. (4) The Commissioner shall serve the order made under subsection (3) in the manner specified in subsection (1). (5) The Commissioner shall— (a) demand the payment of the difference in the amount of development charge if the amount in the order made under subsection (3) exceeds the amount specified in the order made under subsection (1); or (b) refund the difference in the amount of the development charge if the amount paid in consequence of the order under subsection (1) exceeds the amount specified in the order made under subsection (3).

Malay text (authoritative)

Penentuan caj pembangunan

(1) Sebelum memberi kebenaran perancangan bagi apa-apa pembangunan, Datuk Bandar hendaklah menentukan sama ada suatu caj pembangunan kena dibayar berkenaan dengan pembangunan itu dan, jika kena dibayar, kadar amaunnya, dan hendaklah menyampaikan kepada pemohon untuk kebenaran perancangan itu suatu perintah dalam borang yang ditetapkan menuntut pembayaran amaun itu: Dengan syarat bahawa Datuk Bandar boleh membenarkan caj pembangunan itu dibayar secara beransur sebagaimana yang difikirkannya patut bersama dengan bunganya mengikut kadar sebagaimana yang ditetapkan olehnya. (2) Walau apa pun peruntukan Akta ini, Datuk Bandar boleh enggan untuk memberi kebenaran perancangan atau boleh membatalkan sesuatu perintah pembangunan yang memberi kebenaran perancangan bagi apa-apa pembangunan pada bila-bila masa jika caj pembangunan atau mana-mana bahagiannya berkenaan dengan pembangunan itu masih belum dibayar; dan seksyen 25 tidak terpakai bagi sesuatu perintah pembangunan yang dibatalkan di bawah subseksyen ini. (3) Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa mengubah sesuatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa selepas perintah itu dikeluarkan kepadatan, luas lantai atau nisbah plot yang sebenar adalah berbeza daripada kepadatan, luas lantai atau nisbah plot yang menjadi asas caj pembangunan itu, dan hendaklah menentukan caj pembangunan yang baru dengan sewajarnya dan membuat suatu perintah bagi maksud itu. (4) Datuk Bandar hendaklah menyampaikan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) mengikut cara yang ditetapkan dalam subseksyen (1). (5) Datuk Bandar hendaklah― (a) menuntut pembayaran bagi perbezaan amaun caj pembangunan itu jika amaun dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) melebihi amaun yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1); atau (b) membayar balik perbezaan amaun caj pembangunan itu jika amaun yang dibayar berikutan dengan perintah di bawah subseksyen (1) melebihi amaun yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3).

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 267 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next