My bookmarksSign up free
← Federal Territory (Planning) Act 1982

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 40

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 40

s 40 Development charge and liability thereto

(1) Where a local plan or an alteration of a local plan effects a change of use, density, plot ratio or floor area in respect of any land so as to enhance the value of the land, a development charge at the prescribed rates shall be levied in respect of any development of the land commenced, undertaken, or carried out in accordance with the change. (2) Without prejudice to the subsection (1), a development charge at such rates as may be prescribed shall also be levied by the Commissioner where the development order granting planning permission in respect of a development is subject to— (a) a condition that such development may be carried out only if spaces for car parking are provided in such manner and to such extent as specified in the development order; and (b) a further condition that the Commissioner may accept payment of a development charge at the prescribed rates in lieu of the provision of the spaces for car parking. (3) The development charge referred to in subsections (1) and (2) may, in the discretion of the Commissioner, be levied on— (a) the owner of the land to which the development charge relates; or (b) the person who carries out the development in respect of which the development charge relates. (4) The Commissioner with the approval of the Minister may, by rules provide for the rates to be charged, the application for and the procedure of the assessment of the development charge, the collection or refund of the development charges and forfeiture of moneys deposited in connection with development charges or exemptions from development charges.

Malay text (authoritative)

Caj pembangunan dan tanggungannya

(1) Jika sesuatu pelan tempatan atau sesuatu perubahan sesuatu pelan tempatan melibatkan pertukaran kegunaan, kepadatan, nisbah plot atau luas lantai berkenaan dengan mana-mana tanah dan kerana itu menaikkan nilai tanah itu, suatu caj pembangunan mengikut kadar yang ditetapkan hendaklah dilevi berkenaan dengan apa-apa pembangunan tanah yang dimulakan, diusahakan, atau dijalankan mengikut pertukaran itu. (2) Tanpa menyentuh subseksyen (1), suatu caj pembangunan mengikut kadar sebagaimana yang ditetapkan hendaklah juga dilevi oleh Datuk Bandar jika perintah pembangunan yang memberi kebenaran perancangan berkenaan dengan sesuatu pembangunan adalah tertakluk kepada― (a) suatu syarat bahawa pembangunan itu boleh dijalankan hanya jika ruang untuk meletak kereta diperuntukkan mengikut cara dan setakat yang dinyatakan dalam perintah pembangunan itu; dan (b) suatu syarat tambahan bahawa Datuk Bandar boleh menerima pembayaran sesuatu caj pembangunan mengikut kadar yang ditetapkan menggantikan peruntukan bagi ruang untuk meletak kereta. (3) Caj pembangunan yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) boleh, menurut budi bicara Datuk Bandar, dilevi terhadap― (a) pemunya tanah yang dimaksudkan oleh caj pembangunan itu; atau (b) orang yang menjalankan pembangunan yang dimaksudkan oleh caj pembangunan itu. (4) Datuk Bandar dengan kelulusan Menteri boleh membuat peruntukan melalui kaedah-kaedah mengenai kadar yang akan dicaj, permohonan dan tatacara untuk mentaksir caj pembangunan, pemungutan atau pemulangan caj pembangunan dan pelucuthakan wang yang didepositkan berkenaan dengan caj pembangunan atau pengecualian daripada caj pembangunan.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 267 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next