s 45 Appeal Board
(1) For the purpose of this Act there shall be appointed an Appeal Board consisting of three members, one of whom shall be the Chairman, which in this section is referred to as ―the Chairman‖, and two other members who shall serve in the Appeal Board pursuant to subsection (5).
(2) There shall also be a Deputy Chairman of the Appeal Board, which in the section is referred to as ―Deputy Chairman‖, who shall only serve in the Appeal Board if the Chairman is unable to exercise his functions owing to illness, absence from Malaysia or for any other cause whatsoever and when the Deputy Chairman serves in the Appeal Board under the aforesaid circumstances he shall exercise the functions of the Chairman.
(3) The Chairman and the Deputy Chairman shall be persons nominated by the Chief Justice of the High Court in Malaya, from amongst persons who are judges of such High Court or who for the ten years preceding the nomination have been advocates and solicitors of such High Court or have been members of the judicial and legal service of Malaysia.
(4) The appointment of the Chairman and Deputy Chairman shall be made by the Yang di-Pertuan Agong by notification in the Gazette from amongst the persons nominated pursuant to subsection (3) and a person so appointed shall unless he sooner resigns or his appointment revoked, hold office for a period not exceeding three years and shall be eligible for reappointment.
(5) (a) Whenever a need arises for the Appeal Board to be convened, the Chairman shall call upon to serve on the Appeal Board any two members from a panel of persons appointed by notification in the Gazette by the Minister.
(b) The appointment of any member, other than the Chairman and the Deputy Chairman shall be for a period of three years unless he sooner resigns or his appointment is sooner revoked.
(6) The Yang di-Pertuan Agong may revoke the appointment of the Chairman or Deputy Chairman and the Minister may revoke the appointment of the other members without assigning any reason therefor.
(7) A member of the Appeal Board having an interest in any matter before it shall disclose the fact of his interest and the nature thereof, and such disclosure shall be recorded and such member shall take no part in any proceedings of the Appeal Board relating to such matter.
(8) Every decision of the Appeal Board shall be made by the Chairman after considering the opinion of the other two members but in making his decision the Chairman shall not be bound to concur with the opinion of the other two members or either of them provided that the Chairman shall record his reasons for dissenting therefrom.
(9) The Appeal Board shall in addition to all the powers contained under this Act have powers to summon and examine witnesses, require any person to bind himself by an oath to state the truth, compel the production and delivery of any document which it considers to be material for the proceeding before it, to award costs or make any order in respect of any appeal before it where this Act does not provide for the nature of the order to be made.
(10) Every person summoned by the Appeal Board to attend its proceedings is legally bound to attend at the place and time specified in the summons, and every person required by the Appeal Board to produce or deliver any document to the Appeal Board or to any public servant is legally bound to so produce or deliver the document.
(11) All summonses, notices, awards, and orders issued, made or given under the hand of the Chairman shall be deemed to be issued, made, or given by the Appeal Board.
(12) An order made by the Appeal Board on an appeal before it shall be final, shall not be called into question in any court, and shall be binding on all parties to the appeal or involved in the matter.
(13) For the purposes of the Penal Code, the Appeal Board shall be deemed to be a court and every member thereof shall be deemed to be a public servant.
(14) The Minister may make rules to prescribe the procedure of appeals to the Appeal Board and the fees payable in respect thereof and to regulate the proceedings of the Appeal Board but, until such rules are made and in operation the Appeal Board shall, for the purpose of its proceedings, as far as practicable follow the Subordinate Courts Rules 1980 [P.U. (A) 328/1980].
(15) Members of the Appeal Board shall be paid such allowances as the Minister may with the approval of the Minister of Finance, determine.
Malay text (authoritative)
Lembaga rayuan
(1) Bagi maksud Akta ini maka hendaklah dilantik suatu Lembaga Rayuan yang terdiri daripada tiga orang ahli, seorang daripadanya hendaklah menjadi Pengerusi, kemudian dari ini disebut ―Pengerusi‖ dalam seksyen ini dan dua orang ahli lain yang akan berkhidmat dalam Lembaga Rayuan menurut subseksyen (5).
(2) Maka hendaklah juga ada seorang Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan, kemudian dari ini disebut ―Timbalan Pengerusi‖ dalam seksyen ini yang hanya akan berkhidmat dalam Lembaga Rayuan jika Pengerusi tidak dapat menjalankan tugasnya oleh sebab sakit, tidak ada di Malaysia atau atas apa jua sebab lain dan apabila Timbalan Pengerusi berkhidmat dalam Lembaga Rayuan di bawah hal keadaan yang tersebut di atas dia hendaklah menjalankan tugas Pengerusi.
(3) Pengerusi dan Timbalan Pengerusi adalah orang yang dinamakan oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, daripada kalangan orang yang menjadi Hakim Mahkamah Tinggi di Malaya tersebut atau orang yang sepuluh tahun terdahulu daripada penamaan itu telah menjadi peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi atau telah menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Malaysia.
(4) Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta daripada kalangan orang yang dinamakan menurut subseksyen (3) dan seseorang yang dilantik itu hendaklah melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan bagi tempoh tidak lebih tiga tahun dan adalah layak dilantik semula.
(5) (a) Apabila timbul sesuatu keperluan untuk memanggil Lembaga Rayuan untuk bermesyuarat, Pengerusi hendaklah meminta mana-mana dua orang ahli untuk berkhidmat dalam Lembaga Rayuan daripada suatu panel yang dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
(b) Pelantikan mana-mana ahli, selain Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah bagi tempoh tiga tahun melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya dibatalkan.
(6) Yang di-Pertuan Agong boleh membatalkan pelantikan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan Menteri boleh membatalkan pelantikan ahli lain tanpa memberi sebab.
(7) Seseorang ahli Lembaga Rayuan yang mempunyai suatu kepentingan dalam apa-apa perkara di hadapan Lembaga Rayuan hendaklah menzahirkan fakta dan jenis kepentingannya itu dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dan ahli itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa prosiding Lembaga Rayuan berkenaan dengan perkara itu.
(8) Tiap-tiap keputusan Lembaga Rayuan hendaklah dibuat oleh Pengerusi selepas menimbangkan pendapat dua orang ahli yang lain tetapi pada membuat keputusannya Pengerusi tidak terikat supaya bersetuju dengan pendapat dua orang ahli yang lain itu atau salah seorang daripada mereka dengan syarat bahawa Pengerusi hendaklah merekodkan sebab dia tidak bersetuju dengan pendapat itu.
(9) Lembaga Rayuan hendaklah, selain semua kuasa yang terkandung di bawah Akta ini mempunyai kuasa untuk memanggil dan memeriksa saksi, menghendaki mana-mana orang itu terikat secara bersumpah untuk menyatakan yang benar, memaksa dikemukakan dan diserahkan apa-apa dokumen yang difikirkannya material bagi prosiding di hadapannya, mengaward kos atau membuat apa-apa perintah berkenaan dengan sesuatu rayuan di hadapannya jika Akta ini tidak mengadakan peruntukan bagi jenis perintah yang hendak dibuat itu.
(10) Tiap-tiap orang yang disaman oleh Lembaga Rayuan supaya menghadiri prosidingnya adalah terikat di sisi undang-undang untuk hadir di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam saman itu, dan tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh Lembaga Rayuan supaya mengemukakan atau menyerahkan apa-apa dokumen kepada Lembaga Rayuan atau kepada mana-mana pekhidmat awam adalah terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakan atau menyerahkan dokumen itu.
(11) Semua saman, notis, award, dan perintah yang dikeluarkan, dibuat atau diberi di bawah tandatangan Pengerusi hendaklah disifatkan telah dikeluarkan, dibuat, atau diberi oleh Lembaga Rayuan.
(12) Sesuatu perintah yang dibuat oleh Lembaga Rayuan mengenai sesuatu rayuan di hadapannya adalah muktamad, tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, dan adalah mengikat semua pihak terhadap rayuan itu atau yang terlibat dalam perkara itu.
(13) Bagi maksud Kanun Keseksaan, Lembaga Rayuan hendaklah disifatkan sebagai suatu mahkamah dan tiap-tiap ahlinya hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam.
(14) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan tatacara rayuan kepada Lembaga Rayuan dan fi yang kena dibayar berkenaan dengannya dan mengatur prosiding Lembaga Rayuan tetapi, sehingga kaedah-kaedah itu dibuat dan berkuat kuasa Lembaga Rayuan hendaklah, bagi maksud prosiding itu, setakat mana yang praktik mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980].
(15) Ahli Lembaga Rayuan hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).