My bookmarksSign up free
← Federal Territory (Planning) Act 1982

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 5

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 5

s 5 Commissioner to carry out functions and powers conferred and duties imposed by this Act

(1) The Commissioner is hereby appointed to exercise all the functions and powers conferred and to perform the duties imposed on him by this Act. (2) In his exercise of any functions and powers conferred or in his performance of any duties imposed by this Act, the Commissioner shall not be subject to section 5 of the Federal Capital Act 1960; and any provisions in that Act referring to the Lembaga Penasihat Kuala Lumpur established under the said section 5 shall not apply to the Commissioner in his exercising of the functions and powers and in his performance of his duties under this Act. (3) Where by or under this Act the Commissioner is empowered to exercise any powers or to perform any duties, he may in writing delegate subject to such conditions and restrictions as may be specified in such written delegation, the exercise of such powers or the performance of such duties to any person described by name or office: Provided that nothing in this subsection shall apply to any power to make subsidiary legislation conferred upon the Commissioner by or under this Act. (4) Where the Commissioner delegates the exercise of an y powers or the performance of any duties to any person pursuant to subsection (3), the person so delegated shall in this Act be referred to as an authorized officer. (5) The Commissioner may appoint with the approval of the Minister and subject to such terms and conditions as may be specified in the letter of appointment, agents to transact any business or to do any act required to be transacted or done in the execution of his functions, powers and duties or for the better carrying into effect the purpose of this Act; and the agent so appointed shall in this Act be referred to as the authorized agent.

Malay text (authoritative)

Datuk Bandar menjalankan tugas dan kuasa yang diberikan dan kewajipan yang dikenakan oleh Akta ini

(1) Datuk Bandar adalah dengan ini dilantik untuk menjalankan segala tugas dan kuasa yang diberi dan melaksanakan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh Akta ini. (2) Pada menjalankan tugas dan kuasa yang diberikan atau pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang dikenakan oleh Akta ini, Datuk Bandar tidak tertakluk kepada seksyen 5 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960; dan mana-mana peruntukan dalam Akta itu yang menyebut mengenai Lembaga Penasihat Kuala Lumpur yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 itu tidak terpakai bagi Datuk Bandar pada menjalankan tugas dan kuasanya dan pada melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini. (3) Jika oleh atau di bawah Akta ini Datuk Bandar diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan, dia boleh secara bertulis mewakilkan, tertakluk kepada had dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam perwakilan bertulis itu, penjalanan kuasa atau pelaksanaan kewajipan itu kepada mana-mana orang yang diperihalkan mengikut nama atau jawatan: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini terpakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat perundangan subsidiari yang diberi kepada Datuk Bandar oleh atau di bawah Akta ini. (4) Jika Datuk Bandar mewakilkan penjalanan apa-apa kuasa atau pelaksanaan apa-apa kewajipan kepada mana-mana orang menurut subseksyen (3), orang yang diwakilkan sedemikian itu hendaklah dalam Akta ini disebut sebagai pegawai yang diberi kuasa. (5) Datuk Bandar boleh melantik dengan kelulusan Menteri dan tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikan, ejen untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan tugas, kuasa dan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan cara lebih baik; dan ejen yang dilantik sedemikian itu hendaklah dalam Akta ini disebut sebagai ejen yang diberi kuasa.

Read this section in the full act →

Find Act 267 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next