My bookmarksSign up free
← Federal Territory (Planning) Act 1982

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 52

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 52

s 52 Power of entry

(1) An authorized officer may, with or without assistants or workmen, enter upon or into any land or building for the purpose of— (a) making any enquiry, inspection, measurement or survey or taking the levels of such land or building; (b) setting out boundaries and intended lines of works; (c) marking such levels, boundaries and lines by placing marks and cutting trenches; (d) examining works under construction and ascertaining the course of sewers and drains; (e) digging or boring into the sub-soil; (f) ascertaining whether any development has been commenced, undertaken or carried out in contravention of any provision of this Act or rules made thereunder; and (g) doing any other acts necessary for the efficient administration of this Act. (2) No such entry shall be made— (i) in the case of any building used solely as a dwelling house or upon any enclosed part or garden attached to such a building, unless prior consent of the occupier has been obtained or at least twenty-four hours notice in writing of the intention to enter has been given to such occupier; and (ii) without due regard, so far as may be compatible with the exigencies of the purpose for which the entry is made, to the social and religious usages of the occupants of the land or building. (3) Any person who wilfully obstructs the entry of any of the persons empowered or authorized under subsection (1) to enter into or upon any land or building or assaults any such person after such entry is guilty of an offence and on conviction is liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year.

Malay text (authoritative)

Kuasa masuk

(1) Pegawai yang diberi kuasa boleh, dengan atau tanpa penolong atau pekerja, memasuki mana-mana tanah atau bangunan bagi maksud― (a) membuat apa-apa penyiasatan, pemeriksaan, ukuran atau kerja ukur atau mengukur aras tanah atau bangunan itu; (b) menetapkan sempadan dan garisan kerja yang dicadangkan; (c) menandakan apa-apa aras, sempadan dan garisan dengan meletakkan tanda dan menggali parit; (d) memeriksa kerja dalam pembinaan dan menentukan haluan pembetung dan parit; (e) menggali atau mengorek tanih bawah; (f) menentukan sama ada apa-apa pembangunan telah dimulakan, diusahakan atau dijalankan melanggar manamana peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya; dan (g) melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu untuk mentadbirkan Akta ini dengan cekap. (2) Tiada kemasukan boleh dilakukan― (i) mengenai sesuatu bangunan yang digunakan semata-mata sebagai rumah tempat tinggal atau ke dalam mana-mana bahagian atau taman terkepung yang bercantum dengan bangunan itu, melainkan jika persetujuan telah diperoleh terlebih dahulu daripada penduduknya atau notis bertulis mengenai maksud hendak masuk telah diberi kepada penduduknya sekurang-kurangnya dua puluh empat jam sebelum hendak masuk itu; dan (ii) tanpa memberi perhatian yang sewajarnya setakat yang seimbang dengan keperluan kemasukan itu terhadap kelaziman sosial dan agama penduduk tanah atau bangunan itu. (3) Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang kemasukan mana-mana orang yang diberi kuasa atau yang berkuasa di bawah subseksyen (1) untuk memasuki mana-mana tanah atau bangunan atau menyerang orang itu selepas kemasukan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 267 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next