My bookmarksSign up free
← Federal Territory (Planning) Act 1982

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 53

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 53

s 53 Service of document

(1) All documents required by this Act or any rules made thereunder to be served upon any person shall, save as otherwise provided in this Act or rules be deemed to be duly servedβ€” (a) where the document is to be served on a government department, railway or local authority or any statutory authority, company, corporation, society or other body if the document is addressed to the head of the government department, general manager of the railway services, secretary or principal officers of the local authority, statutory authority, company, corporation, society or any other body at its principal, branch, local or registered office as the case may be and is eitherβ€” (i) delivered at such office; or (ii) sent by registered post to such office; (b) where the document is to be served on a partnership, if the document is addressed to the partnership at its usual place of business, identifying it by name or style under which its business is carried on, and is eitherβ€” (i) delivered at the said place of business; or (ii) sent by registered post to such place; (c) in any other case, if the document is addressed to the person to be served andβ€” (i) is given or tendered to him; or (ii) is sent by registered post to that person; or (iii) if such person cannot be served personally or by registered post, it is given or tendered to some adult member of his family or it is affixed on some conspicuous part of the land or building to which it relates. (2) Any document which is required or authorized to be served on the owner or occupier of any land or building may be addressed ―the ownerβ€– or ―the occupierβ€–, as the case may be, of that land or building (naming or describing that land or building) without further name or description, and shall be deemed to be duly served if the document so addressed is sent or delivered in accordance with paragraph (1)(c). (3) Where a document is served on a partnership in accordance with this section, the document shall be deemed to be served on each partner. (4) Where the person on whom a document is to be served is a minor, the service upon his guardian or any adult member of his family shall be deemed to be served upon the minor. (5) A document sent by registered post shall be deemed to be served seven days after the date of registration.

Malay text (authoritative)

Penyampaian dokumen

(1) Semua dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini atau oleh mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya untuk disampaikan kepada mana-mana orang hendaklah, kecuali sebagaimana selainnya diperuntukkan dalam Akta ini atau kaedah-kaedah, disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sempurna― (a) mengenai dokumen yang hendak disampaikan kepada sesuatu jabatan kerajaan, atau pihak berkuasa keretapi atau tempatan atau sesuatu pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, pertubuhan atau badan lain jika dokumen itu dialamatkan kepada ketua jabatan kerajaan itu, pengurus besar perkhidmatan keretapi, setiausaha atau pegawai utama pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, pertubuhan atau badan lain di pejabat utama, cawangan, tempatan atau berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan sama ada― (i) dihantar serah di pejabat itu; atau (ii) dihantar dengan pos berdaftar ke pejabat itu; (b) mengenai dokumen yang hendak disampaikan kepada sesuatu perkongsian, jika dokumen itu dialamatkan kepada perkongsian itu di tempat perniagaan biasanya, dengan mengenalinya mengikut nama atau gelaran di bawah mana perniagaannya dijalankan, dan sama ada― (i) dihantar serah di tempat perniagaan tersebut; atau (ii) dihantar dengan pos berdaftar ke tempat tersebut; (c) dalam mana-mana hal lain, jika dokumen itu dialamatkan kepada orang yang hendak disampaikan dokumen itu dan― (i) diberikan atau diserahkan kepadanya; atau (ii) dihantar dengan pos berdaftar kepada orang itu; atau (iii) jika tidak dapat disampaikan kepadanya sendiri atau dengan pos berdaftar, dokumen itu diberikan atau dihantar kepada ahli keluarganya yang dewasa atau dilekatkan pada bahagian yang mudah dilihat di bahagian tanah atau bangunan yang dimaksudkan oleh dokumen itu. (2) Apa-apa dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan untuk disampaikan kepada pemunya atau penduduk mana-mana tanah atau bangunan boleh dialamatkan sebagai ―pemunyaβ€– atau ―pendudukβ€–, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai tanah atau bangunan itu (menamakan atau memperihalkan tanah atau bangunan itu) tanpa nama atau perihal yang lain, dan hendaklah disifatkan sebagai disampaikan dengan sempurnanya jika dokumen yang dialamatkan sedemikian dihantar atau diserahkan mengikut perenggan (1)(c). (3) Jika sesuatu dokumen itu disampaikan kepada sesuatu perkongsian mengikut seksyen ini, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai disampaikan kepada tiap-tiap seorang pekongsi. (4) Jika orang yang dokumen itu hendak disampaikan adalah orang belum dewasa, penyampaian dokumen itu kepada penjaga atau ahli keluarganya yang dewasa hendaklah disifatkan sebagai disampaikan kepada orang belum dewasa itu. (5) Sesuatu dokumen yang dihantar dengan pos berdaftar hendaklah disifatkan sebagai disampaikan tujuh hari selepas tarikh pendaftaran.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part X β†’

Find Act 267 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next