Federal Territory (Planning) Act 1982 s 65
s 65 Repeal and saving
(1) The City of Kuala Lumpur (Planning) Act 1973 [Act 107] is repealed.
(2) Notwithstanding the repeal of the law specified in subsection (1), which in this Act is referred to as the ―repealed law‖—
(a) any rule made under the repealed law shall in so far as it is not inconsistent with the provisions of this Act continue in
force and have the like effect as if it had been made under this Act;
(b) any order, development order, notice including enforcement notice and requisition notice, any planning permission, direction, notification or permit made, given, granted, issued, delivered or served under, by virtue of or for purposes of the repealed law and in force immediately prior to the appointed date shall subject to the period of validity specified therein continue in force and have the like effect as if it had been made, given, granted, issued, delivered or served as the case may be under or by virtue of or for the purposes of this Act:
Provided that such person may be removed from office or have his appointment revoked or varied in accordance with the corresponding provisions of this Act relating thereto;
(c) any person lawfully exercising or holding immediately before the appointed date any function or office corresponding to those conferred by this Act on a member of the Appeal Board, a member of the Committee, or an authorized officer or agent shall on the appointed date continue to exercise such functions or hold such office subject to the terms and conditions as set out in the instrument appointing him:
Provided that such person may be removed from office or have his appointment revoked or varied in accordance with the corresponding provisions of this Act relating thereto.
Malay text (authoritative)
Pemansuhan dan kecualian
(1) Akta (Perancangan) Bandaraya Kuala Lumpur 1973 [Akta 107] adalah dimansuhkan.
(2) Walau apa pun pemansuhan undang-undang yang dinyatakan dalam subseksyen (1) yang dalam Akta ini disebut sebagai ―undang-undang yang dimansuhkan‖ ―
(a) mana-mana kaedah yang dibuat di bawah undang-undang yang dimansuhkan itu hendaklah setakat mana ia tidak bertentangan dengan peruntukan Akta ini terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan yang sama seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini;
(b) mana-mana perintah, perintah pembangunan, notis, termasuk notis penguatkuasaan dan notis permintaan sesuatu kebenaran perancangan, arahan, pemberitahuan atau permit yang dibuat, diberi, dibenarkan, dikeluarkan, dihantar serah atau disampaikan di bawah, menurut kuasa atau bagi maksud undang-undang yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan hendaklah, tertakluk kepada tempoh sah yang dinyatakan di dalamnya, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan yang sama seolah-olah ia telah dibuat, diberi, dibenarkan, dikeluarkan, dihantar serah atau disampaikan, mengikut
mana-mana yang berkenaan, di bawah atau menurut kuasa atau bagi maksud Akta ini:
Dengan syarat bahawa seseorang itu boleh dipecat daripada jawatan itu atau pelantikannya dibatalkan atau diubah mengikut peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini berhubungan dengannya;
(c) mana-mana orang yang dengan sah di sisi undang-undang menjalankan atau memegang sebelum sahaja dari tarikh yang ditetapkan itu apa-apa tugas atau jawatan yang bersamaan dengan yang diberikan oleh Akta ini kepada seseorang ahli Lembaga Rayuan, seorang ahli Jawatankuasa, atau seseorang pegawai yang diberi kuasa atau ejen hendaklah pada tarikh yang ditetapkan itu terus menjalankan apa-apa tugas atau memegang apa-apa jawatan tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam suratcara pelantikannya itu:
Dengan syarat bahawa seseorang itu boleh dipecat daripada jawatan itu atau pelantikannya dibatalkan atau diubah mengikut peruntukan yang bersamaan dalam Akta ini berhubungan dengannya.
Read this section in the full act → · Open Part X →
Find Act 267 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).