My bookmarksSign up free
← Federal Territory (Planning) Act 1982

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 64

Federal Territory (Planning) Act 1982 s 64

s 64 Power to make rules

(1) The Commissioner may with the approval of the Minister make rules generally for the better carrying out of the provisions of this Act. (2) In particular and without prejudice to the generality of the foregoing powers such rules may provide for all or any of the following matters, namely— (a) regulating the development of land in relation to proper planning; (b) the classes of use of land and buildings or parts thereof; (c) the control of residential density, floor area, plot ratio, plinth area, and uses of buildings or land; (d) regulating the height, design, appearance and siting of buildings, provision of car parking, set back and open spaces; (e) the control of means of access to land or buildings; (f) the protection of ancient monuments and land and buildings of historic or architectural interest; (g) the details of the forms and contents of the structure plan and local plan, the procedure to be followed in the preparation, submission, and approval thereof, the form and manner in which they shall be published, and the form of the notices relating thereto; (h) the qualifications of persons who may prepare or submit plans for the purposes of this Act; (i) regulating the dimension, appearance and position of advertisements which may be displayed, the sites on which advertisements may be displayed, the manner in which they may be affixed to the land or building, the issue of licences for the display of advertisements and to prevent or remove advertisements which are not licensed; (j) the prescribing of such fees as may be required to be paid under this Act; (k) the rate of development charges and the method of calculation of development charges; (l) the form in which any application for planning permission for development shall be made, the particulars to be furnished in such application and the documents and plans which shall accompany such application; (m) the form and contents of a tree preservation order; (n) the form and contents of an action area order; (o) the form of registration of application and the particulars to be contained in such register; (p) the manner of filing, and the fees to be paid for, and the procedure to be followed in, appeals to the Appeal Board; (q) regulating the conduct of negotiations for the purchase of lands in a development area and the terms of purchase; (r) regulating the making and the terms of any arrangement for sharing profits, union of interests, co-operation, joint venture, or reciprocal concession with any person, company or body under section 49; (s) securing a just and equitable implementation of section 51; (t) to provide for the offences under this Act and any by-laws which may be compounded by the Commissioner, the persons who may compound, the limit of the sum of money to be collected by the Commissioner for compounding such offences and the procedure and forms to be complied with in compounding; and (u) any other matters for the smooth execution of the development plan.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

(1) Datuk Bandar boleh dengan kelulusan Menteri membuat kaedah-kaedah amnya untuk melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini. (2) Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasa di atas, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu― (a) mengawal selia pembangunan tanah berhubungan dengan perancangan yang sepatutnya; (b) kelas kegunaan tanah dan bangunan atau bahagiannya; (c) mengawal kepadatan penduduk, luas lantai, nisbah plot, kawasan plinth, dan kegunaan bangunan atau tanah; (d) mengawal selia ketinggian, reka bentuk, rupa bentuk dan tapak bina bangunan, mengadakan tempat letak kereta, anjakan dan tanah lapang; (e) mengawal jalan masuk ke tanah atau bangunan; (f) melindungi tugu lama dan tanah dan bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah atau seni bina; (g) bentuk dan kandungan terperinci pelan struktur dan pelan tempatan, tatacara yang akan diikuti berkenaan dengan menyediakan, mengemukakan, dan meluluskannya, mengikut bentuk dan cara ia akan disiarkan, dan bentuk notis berhubungan dengannya; (h) kelayakan orang yang boleh menyediakan atau mengemukakan pelan bagi maksud Akta ini; (i) mengawal selia dimensi, rupa bentuk dan kedudukan iklan yang boleh dipamerkan, tempat iklan itu boleh dipamerkan, cara bagaimana iklan itu boleh dilekatkan kepada tanah atau bangunan itu, mengeluarkan lesen untuk mempamer iklan itu dan untuk mencegah atau membuang iklan yang tidak dilesenkan; (j) menetapkan apa-apa fi sebagaimana yang dikehendaki untuk dibayar di bawah Akta ini; (k) kadar caj pembangunan dan cara penghitungan caj pembangunan; (l) borang yang permohonan untuk kebenaran perancangan untuk pembangunan boleh dibuat, butir-butir yang perlu diberikan dalam permohonan itu dan dokumen dan pelan yang perlu disertakan dengan permohonan itu; (m) bentuk dan kandungan perintah pemeliharaan pokok; (n) bentuk dan kandungan sesuatu perintah kawasan tindakan; (o) bentuk pendaftaran permohonan dan butir-butir yang akan terkandung dalam daftar itu; (p) cara memfail, dan fi yang kena dibayar bagi, dan tatacara yang akan diikuti bagi, rayuan kepada Lembaga Rayuan; (q) mengawal selia penjalanan rundingan untuk membeli tanah dalam sesuatu kawasan pembangunan dan syarat pembelian itu; (r) mengawal selia pembuatan dan syarat membuat apa-apa perkiraan untuk bersama mendapat keuntungan, menyatukan kepentingan, bekerjasama, usaha niaga bersama, atau konsesi bersaling dengan mana-mana orang, syarikat atau badan di bawah seksyen 49; (s) mendapatkan pelaksanaan yang adil dan saksama terhadap penguatkuasaan seksyen 51; (t) mengadakan peruntukan bagi kesalahan di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang kecil yang boleh dikompaun oleh Datuk Bandar, orang yang boleh mengkompaun, jumlah had wang yang boleh dipungut oleh Datuk Bandar untuk mengkompaun kesalahan itu dan tatacara dan borang yang hendak dipatuhi dalam mengkompaun; dan (u) apa-apa perkara lain bagi melicinkan pelaksanaan pelan pembangunan.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 267 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next