My bookmarksSign up free
← Food Act 1983

Food Act 1983 s 7

Food Act 1983 s 7

s 7 Certificate of analyst

(1) The certificate of the analyst shall be in the form as prescribed by regulations. (2) Where any method of analysis has been prescribed by regulations for the analysis of any food, the analyst shall follow, and in his certificate of analysis declare that he has followed, the prescribed method. (3) A copy of the result of any analysis of any food procured by an authorized officer may be obtained from the analyst by the person from whom the food so analysed was purchased or obtained on payment of such fee as may be prescribed. (4) No copy of the result of any analysis made under this Act or any reproduction thereof shall be displayed or used as an advertisement and if any person so displays or uses such copy or reproduction he commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding one year or to fine or to both.

Malay text (authoritative)

Perakuan juruanalisis

(1) Perakuan juruanalisis hendaklah mengikut borang yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan. (2) Jika apa-apa kaedah analisis telah ditetapkan melalui peraturan-peraturan bagi menganalisis apa-apa makanan maka juruanalisis hendaklah mengikuti kaedah yang ditetapkan dan dalam perakuan analisisnya hendaklah menyatakan bahawa dia telah mengikut kaedah yang ditetapkan itu. (3) Satu salinan keputusan apa-apa analisis bagi apa-apa makanan yang diambil oleh seorang pegawai diberi kuasa boleh didapati daripada juruanalisis oleh orang yang daripadanya makanan yang dianalisis itu telah dibeli atau didapati apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan. (4) Tiada apa-apa salinan keputusan bagi apa-apa analisis yang dibuat di bawah Akta ini atau apa-apa cetak ulangannya boleh diperagakan atau digunakan sebagai suatu iklan dan jika mana-mana orang yang memperagakan atau mengguna salinan atau cetak ulangan itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 281 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next