(1) If any authorized officer is of the opinion that there is reasonable ground for suspecting that any person is in possession of any food or other substance or any appliance for the purpose of or in connection with the preparation, preservation, packaging, storage, conveyance, distribution or sale of food in breach of any of the provisions of this Act or any regulations made thereunder he may require such person to produce for his inspection any books, documents or other records or any other information relating to the importation, preparation, reception, possession, purchase, sale or delivery of such food or other substance or any appliance.
(2) Any authorized officer mentioned in subsection (1) may make or cause to be made copies of or extracts from any such books, documents or records, or any other information and such copies or extracts certified as such by such authorized officer shall, unless the contrary is proved, be deemed to be true and correct copies or extracts.
(3) Any person who refuses or neglects to comply with any requisition made in pursuance of this section commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding one year or to fine or to both.
(4) Any authorized officer who—
(a) does not maintain the secrecy of all matters which come to his knowledge in the performance of his official duties under this section; or
(b) communicates any such matter to any person except for the purpose of carrying into effect the provisions of this Act,
commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding three years or to fine or to both.
Malay text (authoritative)
Kuasa meminta maklumat
(1) Jika mana-mana pegawai diberi kuasa berpendapat bahawa ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa mana-mana orang ada memiliki apa-apa makanan atau lain-lain bahan atau apa-apa perkakas bagi maksud atau ada kaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya maka dia boleh menghendaki orang itu supaya mengemukakan untuk pemeriksaannya apa-apa buku, dokumen atau rekod lain atau apa-apa maklumat lain berhubungan dengan pengimportan, penyediaan, penerimaan, pemilikan, pembelian, penjualan atau penyerahan makanan itu atau lain-lain bahan atau apa-apa perkakas.
(2) Mana-mana pegawai diberi kuasa yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh membuat atau menyebabkan dibuat salinan atau cabutan daripada mana-mana buku, dokumen atau rekod itu, atau apa-apa maklumat lain dan salinan atau cabutan itu yang diperakui sedemikian oleh pegawai diberi kuasa itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai salinan atau cabutan yang benar dan betul.
(3) Mana-mana orang yang enggan atau cuai mematuhi kehendak yang dibuat menurut seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua-duanya.
(4) Mana-mana pegawai diberi kuasa yang—
(a) tidak menyimpan rahsia mengenai semua perkara yang sampai kepada pengetahuannya pada melaksanakan kewajipan rasminya di bawah seksyen ini; atau
(b) menyampaikan mana-mana perkara itu kepada sesiapa jua kecuali bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).