My bookmarksSign up free
← Food Act 1983

Food Act 1983 s 9

Food Act 1983 s 9

s 9 Power of the Director General to obtain particulars of certain food ingredients

(1) The Director General may after obtaining an approval in writing from the Minister direct any person who at the date of the direction or at any subsequent time carries on a business which includes the production, importation or use of any substance to which this Act applies to furnish to him, within such time as may be specified in such direction, such particulars as may be specified, of the composition and use of any such substance sold or for sale in the course of that business or used in the preparation of food. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1), a direction made thereunder may require the following particulars to be furnished in respect of any substance, that is to sayβ€” (a) particulars of the composition and chemical formula of the substance; (b) particulars of the manner in which the substance is used or proposed to be used in the preparation of food; (c) particulars of any investigation carried out by or to the knowledge of the person carrying on the business in question, for the purpose of determining whether and to what extent the substance, or any product formed when the substance is used as aforesaid, is injurious to, or in any other way affects, health; (d) particulars of any investigation or enquiries carried out by or to the knowledge of the person carrying on the business in question, for the purposes of determining the cumulative effect on the health of a person consuming the substance in ordinary quantities. (3) No particulars furnished in accordance with a direction under this section and no information relating to any individual business obtained by means of such particulars shall, without the previous consent in writing of the person carrying on the business in question, be disclosed except in due discharge of his duties under this Act, and any person who discloses any such particulars of information in contravention of this subsection commits an offence and is liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding five years or to fine or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa Ketua Pengarah mendapatkan butir-butir mengenai ramuan makanan tertentu

(1) Ketua Pengarah boleh setelah mendapat kelulusan secara bertulis daripada Menteri mengarahkan mana-mana orang yang pada tarikh arahan itu atau pada bila-bila masa berikutnya menjalankan suatu perniagaan yang meliputi pengeluaran, pengimportan atau penggunaan apa-apa bahan yang Akta ini terpakai baginya supaya memberi kepadanya, dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu, apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan mengenai komposisi dan penggunaan mana-mana bahan yang dijual atau untuk dijual semasa menjalankan perniagaan itu atau digunakan dalam penyediaan makanan ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), sesuatu arahan yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki butir-butir berikut diberi berkenaan dengan apa jua bahan, iaituβ€” (a) butir-butir komposisi dan formula kimia bagi bahan itu; (b) butir-butir bagaimana bahan itu digunakan atau dicadang hendak digunakan dalam menyediakan makanan; (c) butir-butir mengenai apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh orang yang menjalankan perniagaan yang berkenaan atau dijalankan dengan pengetahuannya, bagi maksud menentukan sama ada dan setakat mana bahan itu, atau apa-apa keluaran yang dihasilkan apabila bahan itu digunakan sebagaimana tersebut di atas tadi, adalah membahayakan kesihatan atau dengan apa jua cara lain mengganggu kesihatan; (d) butir-butir mengenai apa-apa penyiasatan atau soal siasat yang dijalankan oleh orang yang menjalankan perniagaan yang berkenaan atau dijalankan dengan pengetahuannya, bagi maksud menentukan kesan kumulatif kepada kesihatan seseorang yang makan bahan itu sebanyak yang lazim dimakan. (3) Tiada apa-apa butir-butir yang diberi mengikut arahan di bawah seksyen ini dan tiada apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perniagaan secara individu yang didapati melalui butir-butir itu boleh, tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan secara bertulis daripada orang yang menjalankan perniagaan yang berkenaan, dizahirkan kecuali pada menjalankan dengan wajar akan kewajipannya di bawah Akta ini, dan mana-mana orang yang menzahirkan mana-mana butir atau maklumat itu melanggar subseksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part II β†’

Find Act 281 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next