Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 11 Presumption against person selling lottery tickets, etc.
(1) A person—
(a) selling, offering for sale, giving, delivering or collecting lottery tickets; or
(b) found in possession of ten or more—
(i) lottery tickets; or
(ii) counterfoils or duplicates of lottery tickets;
(c) found in possession of any account, memorandum, riddle or record of stakes or wagers in or relating to a lottery; or
(d) found in possession of a “tikam board”,
shall be presumed until the contrary is proved to be assisting in a public lottery then in progress.
(2) A person found in or escaping from a common gaming house kept or used for the purpose of a public lottery shall be presumed until the contrary is proved to be assisting in a public lottery then in progress.
(3) Where evidence or a certificate is given by a gaming expert that any document produced before the Court is a lottery ticket of any public lottery or is an account, memorandum, riddle or record of stakes or wagers in or relating to any public lottery, the Court shall presume that such a document is a lottery ticket of such public lottery or an account, a memorandum, riddle or record of stakes or wagers in or relating to such public lottery, as the case may be.
(4) Where evidence or a certificate is given by a gaming expert that any article is an instrument or appliance for gaming, the Court shall presume that the article is an instrument or appliance for gaming.
(5) A certificate given under subsection (3) or (4) shall, where the prosecution intends to give it in evidence, be served upon the accused not less than fourteen clear days before the commencement of the trial and the certificate shall be admissible without the presence of the maker thereof as witness unless so required—
(a) by the Court; or
(b) by the accused, in which case the accused shall give the Public Prosecutor a notice in writing not less than seven clear days before the commencement of the trial.
(6) The Minister may by notification in the Gazette appoint any person whether a public officer or not to be a gaming expert in respect of any or all games.
*NOTE—Previously “two thousand ringgit”–see the Common Gaming Houses (Amendment) Act 1990 [Act A755].
Malay text (authoritative)
Anggapan terhadap orang yang menjual tiket loteri, dsb.
(1) Seseorang yang—
(a) menjual, menawarkan untuk jualan, memberikan, menyerahkan atau memungut tiket loteri; atau
(b) didapati memiliki sepuluh atau lebih—
(i) tiket loteri; atau
(ii) kaunterfoil atau pendua tiket loteri;
(c) didapati memiliki apa-apa akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan sesuatu loteri; atau
(d) didapati memiliki suatu “papan tikam”,
hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membantu dalam loteri awam yang sedang dijalankan ketika itu.
(2) Seseorang yang didapati di dalam atau melarikan diri dari suatu rumah perjudian terbuka yang diselenggarakan atau digunakan bagi maksud loteri awam hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membantu dalam loteri awam yang sedang dijalankan ketika itu.
(3) Jika keterangan atau suatu perakuan diberikan oleh seorang pakar perjudian bahawa apa-apa dokumen yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ialah tiket loteri bagi mana-mana loteri awam atau ialah akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan mana-mana loteri awam, Mahkamah hendaklah menganggap bahawa dokumen sedemikian ialah tiket loteri bagi loteri awam itu atau akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan loteri awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4) Jika keterangan atau suatu perakuan diberikan oleh seorang pakar perjudian bahawa apa-apa barang ialah alatan atau perkakas bagi perjudian, Mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang itu ialah alatan atau perkakas bagi perjudian.
(5) Sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen (3) atau (4) hendaklah, jika pihak pendakwa bercadang hendak memberikannya sebagai keterangan, disampaikan kepada tertuduh itu tidak kurang dari empat belas hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu dan perakuan itu hendaklah boleh diterima tanpa kehadiran pembuat perakuan itu sebagai saksi melainkan jika dikehendaki pembuat perakuan itu sebagai saksi melainkan jika dikehendaki sedemikian—
(a) oleh Mahkamah; atau
(b) oleh tertuduh, yang dalam hal itu tertuduh hendaklah memberikan Pendakwa Raya suatu notis secara bertulis tidak kurang dari tujuh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.
(6) Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta melantik mana-mana orang sama ada seorang pegawai awam ataupun tidak untuk menjadi seorang pakar perjudian berkenaan dengan mana-mana atau kesemua permainan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).