My bookmarksSign up free
← Common Gaming Houses Act 1953

Common Gaming Houses Act 1953 s 8

Common Gaming Houses Act 1953 s 8

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 8 Instigating, promoting, or facilitating gaming in public

(1) Any person who instigates, promotes or intentionally facilitates the commission of an offence punishable under section 7 shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a *fine of not less than twenty thousand ringgit and not more than two hundred thousand ringgit and shall also be punished with imprisonment for a term not exceeding five years. (2) Any person who— (a) erects, maintains, or controls, or assists to erect, maintain, or control, any hut, shed, tent, or other building or shelter whatsoever wherein an offence punishable under section 7 is committed; (b) brings to, or has in his possession at or near, a place where such an offence as aforesaid is committed any instruments or appliances for gaming; or (c) keeps watch in order to warn, or warns, persons committing such an offence as aforesaid of risk of detection, shall be presumed, until the contrary is proved, to have promoted the commission of an offence punishable under section 7. (3) A person shall not by reason only of the fact that he has committed an offence punishable under section 7 be liable to be convicted of an offence under this section. *NOTE—Previously “Imprisonment for a term not exceeding two years or to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to both”–see the Common Gaming Houses (Amendment) Act 1990 [Act A755].

Malay text (authoritative)

Menghasut, menganjurkan atau memudahkan perjudian di tempat awam

(1) Mana-mana orang yang menghasut, menganjurkan atau dengan sengaja memudahkan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 7 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun. (2) Mana-mana orang yang— (a) mendirikan, menyenggarakan, atau mengawal, atau membantu mendirikan, menyenggarakan, atau mengawal, mana-mana pondok, bangsal, khemah, atau bangunan atau lindungan lain apa jua pun yang di dalamnya suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7 dilakukan; (b) membawa kepada, atau ada dalam milikannya pada atau dekat, suatu tempat di mana suatu kesalahan sedemikian seperti yang disebut terdahulu dilakukan, apa-apa alatan atau perkakas bagi perjudian; atau (c) berjaga-jaga untuk memberi amaran atau memberi amaran kepada orang yang melakukan suatu kesalahan sedemikian seperti yang disebut terdahulu tentang risiko pengesanan, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai menganjurkan perlakuan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7. *CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755]. (3) Seseorang tidaklah, semata-mata oleh sebab bahawa dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7, boleh disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini.

Read this section in the full act →

Find Act 289 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next