My bookmarksSign up free
← Fisheries Act 1985

Fisheries Act 1985 s 19

Fisheries Act 1985 s 19

s 19 Permit in respect of foreign fishing vessel

(1) (a) Any application to the Director General for a permit to be issued in respect of a foreign fishing vessel to fish in Malaysian fisheries waters shall be made through a Malaysian agent who shall undertake legal and financial responsibility for the activities to be carried out by such vessel. (b) Notwithstanding paragraph (1)(a), the Director General may require the payment of such sum of money as he may specify by way of security for the activities to be carried out by such vessel. (2) Subject to section 21, any permit issued under this section shall be valid for a maximum period of one year and shall be subject to such conditions, and the payment of such sum of money, as the Director General may specify, in addition to the payment of such sum of money as may be required under paragraph (1)(b) and such fees as may be prescribed in regulations made under this Act. (3) Without prejudice to paragraph (1)(a), any sum of money paid as security under paragraph (1)(b) may be utilized to pay or defray any fine or claim which may be imposed or arise as a result of or through the activities of the foreign fishing vessel and the balance of such sum of money, if any, shall be refunded on the expiry or cancellation of the permit. (4) The conditions which may be imposed by the Director General under subsection (2) may include, and in the case of paragraph (t) shall include, but shall not be limited to, conditions concerning all or any of the following matters: (a) the areas within which fishing is authorized; (b) the period during which fishing is authorized; (c) the species, age, length, weight and quantity of fish that may be retained on board the foreign fishing vessel, landed in Malaysia or transhipped; (d) the methods by which fish may be taken; (e) the types, sizes and numbers of fishing appliances that may be used or carried by a foreign fishing vessel and the mode of storage of the appliances when not in use; (f) the transfer, transhipment, landing and processing of fish taken; (g) entry by the foreign fishing vessel into Malaysian ports, whether for the inspection of its catch or for any other purpose; (h) statistical and other information required to be given by the foreign fishing vessel to the Government of Malaysia, including statistics relating to its catch and fishing effort and regular reports as to the position of the vessel; (i) the conduct by the foreign fishing vessel of a specified programme of fisheries research in Malaysian fisheries waters and the regulation of such research, including the compiling of data as to catches, the disposition of samples and the reporting of associated scientific data; (j) the training of Malaysians in the methods of fishing employed by the foreign fishing vessel and in other related fields, the employment of Malaysians on the foreign fishing vessel and the transfer to Malaysia of appropriate technology relating to fisheries; (k) the keeping and displaying on board the permit issued in respect of the foreign fishing vessel; (l) the permanent marking of the foreign fishing vessel with such letters, numbers or other means of identification as may be specified by the Director General; (m) compliance by the foreign fishing vessel with directions, instructions and other requirements given or made by ships, other vessels or air craft belonging to the Government of Malaysia; (n) the placing of observers on the foreign fishing vessel and the reimbursement to the Government of Malaysia by the permit holder of the costs of doing so; (o) the installation on the foreign fishing vessel and maintenance in working order of a transponder or other equipment for the identification and ascertainment of the location of the vessel and of adequate navigational equipment to enable the position of the vessel to be fixed; (p) construction of shore-based facilities related to fisheries; (q) the carriage on board the foreign fishing vessel of such communication equipment, nautical charts, nautical publications and nautical instruments as may be specified; (r) adequate protection of local and traditional fisheries and the compensation payable to Malaysian citizens, the Government of Malaysia or the Government of a State in Malaysia for any loss or damage caused by the foreign fishing vessel to fishing vessels, fishing appliances or catch belonging to Malaysian citizens or any such Government or to fish stocks; (s) the landing of all or any part of their catch by foreign fishing vessels in Malaysia; (t) the composition and nationality of members of the crew of a foreign fishing vessel and the requirement for compliance with paragraph 10(1)(c); (u) inspection of the foreign fishing vessel as to class and seaworthiness and manning requirements; (v) fees, royalties, charges or any other payments by the foreign fishing vessel; (w) the maintenance of a log and sales records of fish taken by the foreign fishing vessel; and (x) such other matters as the Director General may consider necessary or expedient for the implementation of this Part. (5) Where there is a breach of any condition of the permit issued in respect of a foreign fishing vessel— (a) its owner and master shall each be guilty of an offence and liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit each; and (b) every member of the crew of that vessel shall also be guilty of an offence and liable to a fine not exceeding five thousand ringgit each. (6) No permit issued under this section shall relieve the owner, master or member of the crew of any foreign fishing vessel from any obligation or requirement to comply with any law that may be applicable.

Malay text (authoritative)

Permit berkenaan dengan vesel penangkapan ikan asing

(1) (a) Sesuatu permohonan kepada Ketua Pengarah minta permit dikeluarkan berkenaan dengan vesel penangkapan ikan asing untuk menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia hendaklah dibuat melalui seorang ejen Malaysia yang akan memikul tanggungjawab undang-undang dan kewangan bagi aktiviti yang akan dijalankan oleh vesel itu. (b) Walau apa pun perenggan (1)(a), Ketua Pengarah mungkin menghendaki pembayaran sejumlah wang sebagaimana yang ditetapkannya sebagai cagaran bagi aktiviti yang akan dijalankan oleh vesel itu. (2) Tertakluk kepada seksyen 21, apa-apa permit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini adalah menjadi sah bagi tempoh maksimum selama satu tahun dan adalah tertakluk kepada apa-apa syarat, dan pembayaran apa-apa jumlah wang, sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah, sebagai tambahan kepada pembayaran apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(b) dan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (3) Tanpa menyentuh perenggan (1)(a), apa-apa jumlah wang yang dibayar sebagai cagaran di bawah perenggan (1)(b) boleh digunakan untuk membayar atau menanggung apa-apa denda atau tuntutan yang akan dikenakan atau yang akan timbul akibat dari atau melalui aktiviti vesel penangkapan ikan asing dan baki jumlah wang itu, jika ada, hendaklah dikembalikan apabila habisnya tempoh atau terbatalnya permit itu. (4) Syarat yang mungkin dikenakan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (2) bolehlah termasuk, dan dalam hal perenggan (t) hendaklah termasuk, tetapi tidaklah terhad kepada, syarat berkenaan dengan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) kawasan yang dibenar untuk menangkap ikan; (b) tempohnya yang dibenar untuk menangkap ikan; (c) spesies, umur, panjang, berat dan banyaknya ikan yang boleh disimpan di atas vesel penangkapan ikan asing, yang didaratkan di Malaysia atau yang dipindah kapal; (d) cara ikan itu ditangkap; (e) jenis, saiz dan bilangan peralatan menangkap ikan yang boleh digunakan atau dibawa oleh vesel penangkapan ikan asing dan cara menyimpan peralatan itu semasa tidak digunakan; (f) pemindahan, pindah kapal, pendaratan dan pemprosesan ikan yang ditangkap; (g) kemasukan vesel penangkapan ikan asing ke pelabuhan Malaysia, sama ada bagi tujuan memeriksa tangkapannya atau bagi apa-apa maksud lain; (h) maklumat statistik dan lain-lain maklumat yang dikehendaki supaya diberi oleh vesel penangkapan ikan asing kepada Kerajaan Malaysia, termasuklah statistik berhubung dengan tangkapannya dan usaha menangkap ikan dan laporan tetap tentang kedudukan vesel itu; (i) penjalanan oleh vesel penangkapan ikan asing akan program yang ditetapkan bagi penyelidikan perikanan di perairan perikanan Malaysia dan pengawalseliaan tentang penyelidikan itu termasuklah mengumpul data tentang tangkapan, memindahkan sampel dan melaporkan data saintifik yang berkaitan; (j) latihan bagi rakyat Malaysia tentang cara menangkap ikan yang digunakan oleh vesel penangkapan ikan asing dan dalam lapangan lain yang berkaitan, pengambilan kerja rakyat Malaysia atas vesel penangkapan ikan asing dan pemindahan teknologi yang sesuai berhubung dengan perikanan ke Malaysia; (k) penyimpanan dan penunjukan atas vesel akan permit yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel penangkapan ikan asing; (l) penandaan yang kekal pada vesel penangkapan ikan asing dengan apa-apa huruf, nombor atau lain-lain cara pengenalan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah; (m) pematuhan oleh vesel penangkapan ikan asing akan arahan, suruhan dan lain-lain kehendak yang diberi atau yang dibuat oleh kapal, lain-lain vesel atau pesawat udara kepunyaan Kerajaan Malaysia; (n) penempatan pemerhati atas vesel penangkapan ikan asing dan pembayaran ganti kepada Kerajaan Malaysia oleh pemegang permit akan kos melakukan sedemikian; (o) pemasangan atas vesel penangkapan ikan asing dan penyenggaraan suatu transponder atau kelengkapan lain yang berjalan dengan baik untuk mengenal dan menentukan lokasi vesel itu dan kelengkapan pelayaran yang cukup bagi membolehkan kedudukan vesel itu ditetapkan; (p) pembinaan kemudahan berpangkalan di pantai berhubung dengan perikanan; (q) pengangkutan ke atas vesel penangkapan ikan asing akan apa-apa kelengkapan perhubungan, carta nautika, penerbitan nautika dan peralatan nautika sebagaimana yang ditetapkan; (r) perlindungan secukupnya ke atas perikanan tempatan dan tradisional dan pampasan yang kena dibayar kepada warganegara Malaysa, Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri dalam Malaysia kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh vesel penangkapan ikan asing terhadap vesel penangkapan ikan, peralatan menangkap ikan atau tangkapan kepunyaan warganegara Malaysia atau mana-mana Kerajaan atau terhadap stok ikan; (s) pendaratan kesemua atau mana-mana bahagian tangkapannya oleh vesel penangkapan ikan asing di Malaysia; (t) komposisi dan kerakyatan anggota-anggota kru vesel penangkapan ikan asing dan kehendak bagi mematuhi perenggan 10(1)(c); (u) pemeriksaan terhadap vesel penangkapan ikan asing tentang kelas dan kelayakan belayar dan keperluan keanggotaan; (v) fi, royalti, caj atau apa-apa bayaran lain oleh vesel penangkapan ikan asing; (w) penyenggaraan log dan rekod jualan ikan yang ditangkap oleh vesel penangkapan ikan asing; dan (x) apa-apa perkara lain sebagaimana yang dianggap perlu atau bermanfaat oleh Ketua Pengarah bagi pelaksanaan Bahagian ini. (5) Jika berlaku perlanggaran terhadap mana-mana syarat permit yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel penangkapan ikan asing— (a) pemunya dan nakhodanya adalah setiap orangnya bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi seratus ribu ringgit tiap-tiap seorang; dan (b) tiap-tiap anggota kru vesel itu adalah juga bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit tiap-tiap seorang. (6) Tiada permit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh meringankan pemunya, nokhoda atau anggota kru mana-mana vesel penangkapan ikan asing daripada apa-apa kewajipan atau kehendak supaya mematuhi mana-mana undang-undang yang mungkin terpakai.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 317 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next