My bookmarksSign up free
← Fisheries Act 1985

Fisheries Act 1985 s 27

Fisheries Act 1985 s 27

s 27 Aquatic mammals or turtles in Malaysian fisheries waters

(1) No person shall fish for, disturb, harass, catch or take any aquatic mammal or turtle which is found beyond the jurisdiction of any State in Malaysia. (2) The provisions of the relevant State law shall apply in respect of aquatic mammals and turtles which are found within such jurisdiction. (3) Where any aquatic mammal or turtle which is found beyond such jurisdiction is caught or taken unavoidably during fishing, such aquatic mammal or turtle shall, if it is alive, be released immediately or, if it is dead, the catching or taking thereof shall be reported to a fisheries officer and the aquatic mammal or turtle shall be disposed of in accordance with his directions. (4) Any person who contravenes subsection (1) or subsection (3) shall be guilty of an offence and shall be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Mamalia akuatik atau penyu di perairan perikanan Malaysia

(1) Tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil apa-apa mamalia akuatik atau penyu yang dijumpai di luar bidang kuasa mana-mana Negeri dalam Malaysia. (2) Peruntukan undang-undang Negeri yang relevan hendaklah terpakai berkenaan dengan mamalia akuatik dan penyu yang dijumpai dalam bidang kuasa itu. (3) Jika mana-mana mamalia akuatik atau penyu yang dijumpai di luar bidang kuasa itu ditangkap atau diambil dengan tidak sengaja semasa menangkap ikan, mamalia akuatik atau penyu itu hendaklah, jika masih hidup, dilepaskan dengan segera atau, jika telah mati, penangkapan atau pengambilannya itu hendaklah dilaporkan kepada pegawai perikanan dan mamalia akuatik atau penyu itu hendaklah dilupuskan mengikut arahannya. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau subseksyen (3) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 317 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next