Fisheries Act 1985 s 33
s 33 Power of court to order cancellation of licence or permit
(1) Where any person is charged with and found guilty of an offence under this Act the court shall, in addition to any other penalty that may be imposed, order that any licence or permit issued under this Act in relation to which the offence has been committed be cancelled.
(2) Where any person to whom a licence or permit has been issued under this Act is charged with and found guilty of a second or subsequent offence under this Act, the court shall, in addition to any other penalty that may be imposed, direct that such person be disqualified from holding a licence or permit under this Act for a period not exceeding five years, and such person shall be guilty of an offence if he obtains or attempts to obtain any licence or permit under this Act while he is so disqualified.
Malay text (authoritative)
Kuasa mahkamah untuk mengarahkan pembatalan lesen atau permit
(1) Jika mana-mana orang dipertuduh dan didapati bersalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang mungkin dikenakan, memerintahkan supaya dibatalkan mana-mana lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang berhubungan dengannya kesalahan itu telah dilakukan.
(2) Jika mana-mana orang yang berhubungan dengannya sesuatu lesen atau permit telah dikeluarkan di bawah Akta ini dipertuduh dan didapati bersalah melakukan kesalahan kali kedua atau kesalahan yang
berikut di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang mungkin dikenakan, memerintahkan supaya orang itu hilang kelayakannya daripada memegang sesuatu lesen atau permit di bawah Akta ini selama tempoh tidak melebihi lima tahun, dan orang itu adalah bersalah melakukan suatu kesalahan jika dia memperoleh atau cuba memperolehi apa-apa lesen atau permit di bawah Akta ini semasa dia hilang kelayakan itu.
Read this section in the full act → · Open Part VI →
Find Act 317 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).