Fisheries Act 1985 s 40
s 40 Control of live fish
(1) Any person who—
(a) imports into or exports out of Malaysia;
(b) transports from Peninsular Malaysia into the Federal Territory of Labuan or the State of Sabah or Sarawak;
(c) transports from the Federal Territory of Labuan or the State of Sabah or Sarawak into Peninsular Malaysia;
(d) transports from the Federal Territory of Labuan into the State of Sabah or Sarawak;
(e) transports from the State of Sabah into the Federal Territory of Labuan or the State of Sarawak; or
(f) transports from the State of Sarawak into the Federal Territory of Labuan or the State of Sabah,
live fish without a permit or in breach of any condition in a permit issued by the Director General under this section shall be guilty of an offence.
(2) The Director General may impose such conditions as he thinks fit in the permit, including conditions concerning the state of cleanliness of the fish to be exported, imported or transported and measures to avoid the spread of communicable fish diseases, or to avoid or control the release into the natural environment of non-indigenous species of fish.
Malay text (authoritative)
Kawalan ke atas ikan hidup
(1) Mana-mana orang yang―
(a) mengimport ke dalam atau mengeksport ke luar Malaysia;
(b) mengangkut dari Malaysia Barat ke dalam Wilayah Persekutuan Labuan atau Negeri Sabah atau Sarawak;
(c) mengangkut dari Wilayah Persekutuan Labuan atau Negeri Sabah atau Sarawak ke dalam Malaysia Barat;
(d) mengangkut dari Wilayah Persekutuan Labuan ke dalam Negeri Sabah atau Sarawak;
(e) mengangkut dari Negeri Sabah ke dalam Wilayah Persekutuan Labuan atau Negeri Sarawak; atau
(f) mengangkut dari Negeri Sarawak ke dalam Wilayah Persekutuan Labuan atau Negeri Sabah,
ikan hidup tanpa permit atau berlanggaran dengan apa-apa syarat dalam permit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
(2) Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut dalam permit, termasuklah syarat berkenaan dengan keadaan kebersihan ikan yang akan dieksport, diimport atau diangkut dan langkah untuk mengelak merebaknya penyakit ikan yang boleh berjangkit, atau untuk mengelak atau mengawal spesies ikan yang bukan asli daripada dilepaskan ke persekitaran semula jadi.
(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), permit untuk mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
(4) Mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup tanpa permit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
(5) Suatu permohonan bagi permit untuk mengimport dan mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dibuat mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
(6) Penguatkuasaan berhubung dengan ikan hidup di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin hendaklah dijalankan oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 mengikut kuasa di bawah Akta itu.
(7) Bagi maksud seksyen ini, “pintu masuk”, “stesen kuarantin” dan “premis kuarantin” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
Read this section in the full act → · Open Part VIII →
Find Act 317 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).