My bookmarksSign up free
← Fisheries Act 1985

Fisheries Act 1985 s 41

Fisheries Act 1985 s 41

s 41 Establishment of marine park or marine reserve

(1) The Minister may be order in the Gazette establish any area or part of an area in Malaysian fisheries waters as a marine park or marine reserve in order to— (a) afford special protection to the aquatic flora and fauna of such area or part thereof and to protect, preserve and manage the natural breeding grounds and habitat of aquatic life, with particular regard to species of rare or endangered flora and fauna; (b) allow for the natural regeneration of aquatic life in such area or part thereof where such life has been depleted; (c) promote scientific study and research in respect of such area or part thereof; (d) preserve and enhance the pristine state and productivity of such area or part thereof; and (e) regulate recreational and other activities in such area or part thereof to avoid irreversible damage to its environment. (2) The limits of any area or part of an area established as a marine park or marine reserve under subsection (1) may be altered by the Minister by order in the Gazette and such order may also provide for the area or part of the area to cease to be a marine park or marine reserve.

Malay text (authoritative)

Penubuhan taman laut atau rizab laut

(1) Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, menubuhkan mana-mana kawasan atau sebahagian daripada suatu kawasan di perairan perikanan Malaysia sebagai taman laut atau rizab laut untuk— (a) memberi perlindungan khas kepada flora dan fauna akuatik di kawasan itu atau di sebahagian daripada kawasan itu dan untuk melindungi, memelihara dan mengawal tapak pembiakan semula jadi dan habitat hidupan akuatik, dengan memberi perhatian yang khusus kepada spesies flora dan fauna yang luar biasa atau yang mendatangkan bahaya; (b) membiarkan hidupan akuatik hidup semula di kawasan itu atau di sebahagian daripada kawasan itu di mana hidupan itu telah pupus; (c) menggalakkan pengkajian dan penyelidikan saintifik berkenaan dengan kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu; (d) mengekalkan dan meninggikan keadaan asli dan daya pengeluaran kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu; dan (e) mengawal selia aktiviti rekreasi dan aktiviti lain dalam kawasan itu atau dalam sebahagian daripada kawasan itu untuk mengelakkan kerosakan yang tidak boleh dipulihkan kepada persekitarannya. (2) Batas mana-mana kawasan atau sebahagian daripada sesuatu kawasan yang ditubuhkan sebagai taman laut atau rizab laut di bawah subseksyen (1) boleh dipinda oleh Menteri melalui perintah dalam Warta dan perintah itu boleh juga memperuntukkan supaya kawasan atau sebahagian daripada kawasan itu terhenti daripada menjadi taman laut atau rizab laut.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 317 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next