My bookmarksSign up free
← Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985

Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985 s 8

Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985 s 8

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 8 Functions of the Board

(1) The Board shall exercise the following functions: (a) to conduct and promote research into forest development including the production, extraction, processing, storage, transportation and utilization of forest produce, and other fields appropriate to the continued development of the forestry sector and the conservation of the resource base; (b) to secure, where the public interest or the interest of forest development and forest industries so require, the development and exploitation of results of research, which appear to the Board not to have been developed or exploited or sufficiently developed or exploited; (c) to acquire, hold, dispose of or grant rights in connection with the result of any research conducted by the Board or, where the public interest or the interest of forest development and forest industries so require, in connection with the result of any research undertaken by any person or organization; (d) to control, coordinate and monitor the activities of any organization undertaking research and development programmes and projects financed wholly or mainly from the Fund; (e) to ensure that it is kept fully informed of the relevant activities of any organization undertaking research and development programmes and projects financed partly by the Fund; (f) to collect, collate and disseminate information relating to forest management and development, forest produce and forest products utilization; (g) to coordinate activities within Malaysia relating to research and development, publicity and other matters relating to forest development and forest industries and to liaise with bodies outside Malaysia concerned with these matters; (h) to keep the Minister fully informed of all matters relating to forestry research and development; and (i) to exercise such other functions as the Minister may, from time to time, direct. (2) The Board may do all things reasonably necessary for, or expedient or incidental to, the discharge of its functions, in particular but without prejudice to the generality of this section— (a) to enter into contracts with, or commission any person or body to carry out research; (b) to provide consultancy services to the public; and (c) to set up committees, which may consist of or include persons who are not members of the Board, to advise or assist the Board on such matters concerning its functions as it considers fit; and the Board may delegate, subject to such conditions and restrictions as it may impose, such of its functions under the Act (except the power to make regulations and to borrow money) as it considers fit to any such committees, and any act done or decision made by the committees pursuant to such delegation shall be deemed to be the act or decision of the Board.

Malay text (authoritative)

Fungsi Lembaga

(1) Lembaga hendaklah menjalankan fungsi yang berikut: (a) menjalankan dan menganjurkan penyelidikan mengenai pembangunan perhutanan termasuk pengeluaran hutan, pengeluaran, pemprosesan, penstoran, pengangkutan dan penggunaan hasil hutan, dan bidang lain yang sesuai dengan pembangunan seterusnya bagi sektor perhutanan dan pemuliharaan sumber; (b) mendapatkan, sekiranya kepentingan awam atau kepentingan pembangunan perhutanan dan industri perhutanan begitu memerlukan, kemajuan dan eksploitasi hasil penyelidikan, yang didapati oleh Lembaga masih Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia belum dimajukan atau belum dieksploitasi atau tidak dimajukan atau tidak dieksploitasi dengan secukupnya; (c) memperoleh, memegang, melupuskan atau memberi hak yang berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh Lembaga atau, sekiranya kepentingan awam atau kepentingan pembangunan perhutanan dan industri perhutanan begitu memerlukan, berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh mana-mana orang atau organisasi; (d) mengawal, menyelaras dan mengesan aktiviti mana-mana organisasi yang menjalankan program dan projek penyelidikan dan pembangunan yang dibiayai sepenuhnya atau sebahagian besarnya dari Kumpulan Wang; (e) memastikan bahawa Lembaga sentiasa diberitahu dengan sepenuhnya akan aktiviti yang relevan bagi mana-mana organisasi yang menjalankan program dan projek penyelidikan dan pembangunan yang dibiayai sebahagiannya oleh Kumpulan Wang; (f) mengumpul, menyatukan dan menyebar maklumat berhubungan dengan pengurusan dan pembangunan perhutanan, hasil hutan dan penggunaan hasil hutan; (g) menyelaraskan aktiviti di dalam Malaysia berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan, publisiti dan perkara lain berkaitan dengan pembangunan perhutanan dan industri perhutanan serta mengadakan perhubungan dengan badan-badan di luar Malaysia berkaitan dengan perkara tersebut; (h) sentiasa memberitahu Menteri dengan sepenuhnya semua perkara berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan perhutanan; dan (i) menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa. (2) Lembaga boleh melakukan segala perkara perlu yang munasabah, atau suai manfaat bagi atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, khususnya tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna seksyen ini― (a) untuk membuat kontrak dengan, atau mentauliahkan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan; (b) untuk mengadakan perkhidmatan perundingan bagi orang ramai; dan (c) untuk menubuhkan jawatankuasa, yang boleh dianggotai oleh atau termasuk orang yang bukan ahli Lembaga, untuk memberi nasihat atau membantu Lembaga di dalam perkara berkenaan dengan fungsinya sebagaimana difikirkannya patut; dan Lembaga boleh mewakilkan, tertakluk kepada syarat dan sekatan yang boleh dikenakannya, apa-apa fungsinya di bawah Akta (kecuali kuasa untuk membuat peraturan-peraturan dan untuk meminjam wang) sebagaimana difikirkannya sesuai bagi mana-mana jawatankuasa tersebut, dan apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa menurut apa-apa pewakilan tersebut hendaklah dianggap sebagai tindakan atau keputusan Lembaga.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 319 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next