Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
s 41
Schedule 4 to the principal Act is amended by sub- "2. An amount of five thousand ringgit or ten per cent of the chargeable gain, whichever is greater, in respect of a chargeable gain accruing to an individual who is a citizen or an individual who is not a citizen but is a permanent resident, on the disposal of a chargeable asset which is not or was not part of a larger chargeable asset at the time of the disposal: Provided that in the case of a disposal by a coproprietor of his share of the chargeable asset, such disposal shall not be regarded as a disposal of part of a larger chargeable asset for purposes of this paragraph.".
[Cap. V, S. 42-43]
Malay text (authoritative)
Pindaan Jadual 4
Jadual 4 kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 2 dengan yang berikut:
“2. Suatu amaun sebanyak lima ribu ringgit atau sepuluh peratus daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, mengikut mana yang lebih besar, mengenai sesuatu keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru kepada seorang individu yang seorang warganegara atau seorang individu yang bukan seorang warganegara tetapi seorang pemastautin tetap, atas pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai yang bukannya atau telah tidak menjadi sebahagian daripada aset yang lebih besar yang boleh dikenakan cukai pada masa pelupusan itu:
Dengan syarat bahawa dalam hal pelupusan oleh tuan punya bersama akan bahagiannya dalam aset yang boleh dikenakan cukai, pelupusan sedemikian itu tidaklah boleh diambil kira sebagai pelupusan sebahagian daripada aset yang lebih besar yang boleh dikenakan cukai bagi maksud perenggan ini.”.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).