Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
s 45
The principal Act is amended by inserting imme- New diately after section 4, the following new section 4A: section 4s. any consideration between companies in any scheme of reorganisation,
(b) a chargeable asset is disposed of by a liquidator of a company and the liquidation of the company was made under a scheme of reorganisation, reconstruction or amalgamation,
[Cap. V, S. 45-50] and the transferee company is resident in Malaysia, the transfer shall not be treated as asset in any scheme under subparagraph (a) or (b) unless the Director General is satisfied that such a chargeable asset is transferred or disposed of to implement any such scheme ompany resident in Malaysia which is bein estructured in compliance with Governmen section9. section 44. Schedule 2
Malay text (authoritative)
Seksyen baharu 4A
Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebaik selepas seksyen 4, seksyen baharu 4A yang berikut:
“Pindah milikan aset dalam suatu skim reorganisasi, dsb.
4A. Tertakluk kepada seksyen ini, di mana dengan kelulusan Ketua Pengarah terlebih dahulu—
(a) sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai dipindahmilikkan dengan apa-apa balasan di antara syarikat-syarikat dalam mana-mana skim reorganisasi, penyusunan semula atau penyatuan; atau
(b) sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai dilupuskan oleh likuidator syarikat dan likuidasi syarikat itu dibuat di bawah suatu skim reorganisasi, penyusunan semula atau penyatuan,
dan syarikat penerima pindahan itu bermastautin di Malaysia, pindah milik itu tidaklah boleh dikira sebagai suatu pelupusan:
Dengan syarat bahawa tiada kelulusan boleh diberikan mengenai apa-apa pemindahmilikan atau pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai dalam mana-mana skim di bawah subperenggan (a) atau (b) melainkan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa aset yang boleh dikenakan cukai sedemikian itu dipindah milik atau dilupuskan bagi melaksanakan mana-mana skim sedemikian itu yang secara langsung berkaitan dengan apa-apa pemindahan pemilikan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai di Malaysia kepada suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia yang sedang disusun semula dengan mematuhi dasar Kerajaan mengenai penyertaan modal dalam perindustrian.”.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).