My bookmarksSign up free
← Deposit of Library Material Act 1986

Deposit of Library Material Act 1986 s 4

s 4 Delivery of copies of library material published in Malaysia

(1) Subject to section 7, the publisher of every printed library material published in Malaysia shall, within one month of the publication, deliver to the Director General, at his own expense, such number of copies as are prescribed in Schedule 1, the best copies of the library material as are prescribed in Schedule 2 and the Director General shall give a written receipt for every library material received by him provided that where a printed library material is published at regular or irregular intervals, it shall be delivered within one week of such publication. (2) The publisher of every non-printed library material shall also deliver to the Director General such number of copies as are prescribed in Schedule 1, the best copies of the library material as are prescribed in Schedule 2, if written request is made for such library material within one year of their publication, provided that the Director General shall pay for the cost of the library material so delivered, if payment is demanded by the publisher. (3) A publisher who fails to deliver any library material which he is required to deliver under this section shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three thousand ringgit. (4) On conviction made under subsection (3), the court shall also make an order that the publisher delivers the library material which he has failed to deliver, if it is still available in its original form or a reproduction of the library material if it is no longer available in its original form. (5) Without prejudice to the provision of subsection (4), a publisher who fails to deliver any library material which he is required to deliver under this section, shall pay to the Director General, upon demand, the cost incurred by the Director General in the reproduction of the library material. (6) Any cost required to be paid to the Director General under this section shall be a debt due to the Government and shall be recoverable by any of the ways and means in force for the time being for the recovery of debts due to the Government.

Malay text (authoritative)

Penyerahan naskhah bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia

(1) Tertakluk pada seksyen 7, penerbit bagi tiap-tiap bahan perpustakaan bercetak yang diterbitkan di Malaysia hendaklah, dalam masa satu bulan dari penerbitan, menyerahkan kepada Ketua Pengarah, atas perbelanjaannya sendiri, beberapa naskhah bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 1, naskhah terbaik bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 2 dan Ketua Pengarah akan memberi pengakuan secara bertulis bagi tiap-tiap bahan perpustakaan yang diterima olehnya, dengan syarat bahawa bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan secara bersiri, tetap atau tidak tetap, ia hendaklah diserahkan dalam masa satu minggu dari penerbitan. (2) Penerbit bagi tiap-tiap bahan perpustakaan yang tidak bercetak hendaklah juga menyerahkan kepada Ketua Pengarah beberapa naskhah bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 1, naskhah terbaik bahan perpustakaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 2, jika permintaan bertulis dibuat bagi bahan perpustakaan tersebut dalam masa satu tahun dari penerbitannya, dengan syarat bahawa Ketua Pengarah hendaklah Undang-Undang Malaysia AKTA 331 membayar kos bahan perpustakaan yang diserahkan sedemikian jika pembayaran diminta oleh penerbit. (3) Penerbit yang gagal menyerahkan mana-mana bahan perpustakaan yang dia dikehendaki menyerahkan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit. (4) Apabila sabitan dibuat di bawah subseksyen (3), mahkamah hendaklah juga membuat perintah bahawa penerbit itu menyerahkan bahan perpustakaan yang dia gagal menyerahkan, jika bahan perpustakaan itu masih boleh didapati dalam bentuk asalnya atau dalam bentuk keluaran ulangan jika bahan tersebut tidak lagi boleh didapati dalam bentuk asalnya. (5) Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (4), penerbit yang gagal menyerahkan mana-mana bahan perpustakaan yang dia dikehendaki untuk serahkan di bawah seksyen ini, hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah, apabila dituntut, kos yang ditanggung oleh Ketua Pengarah bagi membuat keluaran ulangan bahan perpustakaan tersebut. (6) Apa-apa kos yang dikehendaki dibayar kepada Ketua Pengarah di bawah seksyen ini akan menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan akan didapati semula dengan apa jua jalan dan cara yang sedang berkuat kuasa pada masa itu bagi mendapatkan semula hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.

Read this section in the full act β†’

Find Act 331 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next