My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1987

Copyright Act 1987 s 44

Copyright Act 1987 s 44

s 44 Entry by warrant or otherwise

(1) In every case where information is given on oath to any magistrate that there is reasonable cause for suspecting that there is in any house or premises any infringing copy or any contrivance used or intended to be used for making infringing copies or capable of being used for the purpose of making infringing copies, or any other article or vehicle, book or document by means of or in relation to which any offence under section 41 has been committed, he shall issue a warrant under his hand by virtue of which any Assistant Controller or police officer not below the rank of Inspector named or referred to in the warrant may enter the house or premises at any reasonable time by day or night and search for and seize any such copy, contrivance, article, vehicle, book or document: Provided that if an Assistant Controller or a police officer not below the rank of Inspector is satisfied upon information received that he has reasonable grounds for believing that by reason of delay in obtaining a search warrant, any copy, contrivance, article or vehicle, book or document used to commit or to be used to commit an offence under this Act is likely to be removed or destroyed, he may enter such house or premises without a warrant and seize any such copy, contrivance, article, vehicle, book or document from therein. (1A) An Assistant Controller or a police officer not below the rank of Inspector entering any house or premises by virtue of subsection (1) may take with him such other persons and such equipment as may appear to him necessary; and on leaving any house or premises which he has entered he shall, if the house or premises is unoccupied or the occupier is temporarily absent, leave it as effectively secured against trespassers as he found it. (2) An Assistant Controller or a police officer not below the rank of Inspector making the search may seize any infringing copy, copy suspected to be an infringing copy, contrivance used or intended to be used for making infringing copies or capable of being used for the purpose of making infringing copies, or any other article, vehicle, book or document and if any such copy, contrivance, article, vehicle, book or document is seized, he shall produce the same before the magistrate, and upon such production the magistrate shall direct the same to be kept in the custody of the Controller or Assistant Controller or the police for the purpose of any investigation or prosecution under this Act: Provided that where, upon any such seizure, any such copies, contrivances, articles, vehicles, books or documents are kept in the custody of the Controller or Assistant Controller or the police and where it is found, by reason of their nature, size or amount, that it is not practical to produce the same before the magistrate, it shall be sufficient for the purposes of this subsection for the seizure to be reported to the magistrate. (3) If it is found, by reason of their nature, size or amount, that it is not practical to remove from where they are found such things or documents seized by an Assistant Controller or a police officer not below the rank of Inspector and the Assistant Controller or the police officer has sealed the same in the premises or container in which they are found pursuant to section 47, it shall be sufficient for the purpose of producing the same before the magistrate under subsection (2) for the seizure to be reported to the magistrate or for the magistrate to view the same in such premises or container.

Malay text (authoritative)

Kemasukan dengan waran atau sebaliknya

(1) Dalam tiap-tiap kes di mana maklumat diberi atas sumpah kepada mana-mana majistret bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di dalam mana-mana rumah atau premis ada apa-apa salinan langgaran atau apa-apa perekaan yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan bagi membuat salinan langgaran, atau yang boleh digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran, atau apa-apa artikel, kenderaan, buku atau dokumen lain yang dengannya atau berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah seksyen 41, majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran dengan ditandatangani olehnya dan menurut kuasa waran itu mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen: Dengan syarat bahawa jika seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelambatan untuk mendapatkan waran geledah, apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen yang telah atau akan digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini mungkin akan dialih atau dimusnahkan, dia boleh memasuki rumah atau premis tersebut tanpa waran dan menyita apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen tersebut dari dalam rumah atau premis itu. (1A) Seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang memasuki mana-mana rumah atau premis menurut kuasa subseksyen (1) boleh membawa dengannya orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu; dan apabila meninggalkan mana-mana rumah atau premis yang dia telah masuki dia hendaklah, jika rumah atau premis tidak diduduki atau penghuni tiada buat sementara, meninggalkan rumah atau premis itu dengan berkesannya terselamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan rumah atau premis itu semasa dia menjumpainya. (2) Seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang membuat carian itu boleh menyita apa-apa salinan langgaran, salinan yang disyaki adalah salinan langgaran, perekaan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi membuat salinan langgaran atau boleh digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran, atau apa-apa artikel, kenderaan, buku atau dokumen lain dan jika mana-mana salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen itu disita, dia hendaklah mengemukakannya di hadapan majistret, dan apabila dikemukakan majistret hendaklah mengarahkan supaya ia disimpan dalam jagaan Pengawal atau Penolong Pengawal atau polis bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan di bawah Akta ini: Dengan syarat bahawa jika, atas apa-apa penyitaan sedemikian, apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen tersebut adalah disimpan dalam jagaan Pengawal atau Penolong Pengawal atau polis dan jika ia didapati, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, bahawa adalah tidak praktik untuk mengemukakannya di hadapan majistret, maka adalah mencukupi bagi maksud subseksyen ini bagi penyitaan itu dilaporkan kepada majistret. (3) Jika ia didapati, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, bahawa adalah tidak praktik untuk memindahkan dari tempat ia telah dijumpai benda atau dokumen itu yang disita oleh seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dan Penolong Pengawal atau pegawai polis itu telah mengelakkan benda atau dokumen itu dalam premis atau bekas yang didalamnya ia dijumpai menurut peruntukan seksyen 47, maka adalah mencukupi bagi maksud mengemukakan benda atau dokumen tersebut di hadapan majistret di bawah subseksyen (2) bagi penyitaan itu dilaporkan kepada majistret atau bagi majistret melihat benda atau dokumen tersebut di dalam premis atau bekas itu.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 332 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next