My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1987

Copyright Act 1987 s 54

Copyright Act 1987 s 54

s 54 Forfeiture of articles

(1) Any article, vehicle, book, document, copy or contrivance seized pursuant to this Act shall be liable to forfeiture. (2) The court trying any person accused of an offence under this Act may at the conclusion of the trial, whether he is convicted or not, order that article, vehicle, book, document, copy or contrivance seized from that person be disposed of or in the case of infringing copies, be delivered up to the first owner of the copyright in question, his assignee or exclusive licensee, as the case may be. (3) Where there is no prosecution with regard to any article, vehicle, book, document, copy or contrivance seized in exercise of any powers conferred under this Act, the same shall be taken and deemed to be forfeited at the expiration of one calendar month from the date it was seized unless a claim thereto is made before that date in the manner hereinafter set forth. (4) Any person asserting that he is the owner of any article, vehicle, book, document, copy or contrivance seized under this Act and that the same are not liable to forfeiture may personally or by his agent authorized in writing by him give written notice to an Assistant Controller of his claim. (5) On receipt of a notice under subsection (4), the Assistant Controller shall refer the notice to the Controller who may, after such enquiry as may be necessary, direct that such article, vehicle, book, document, copy or contrivance be released or forfeited or refer the matter to the court for decision. (6) The court to which the matter is referred shall issue a summons requiring the person asserting that he is the owner of the article, vehicle, book, document, copy or contrivance and the person from whom they were seized to appear before it and upon his appearance or default to appear, due service of the summons being proved, the court shall proceed to the examination of the matter and on proof that an offence under this Act or subsidiary legislation made thereunder has been committed and that such article, vehicle, book, document, copy or contrivance was the subject matter or was used in the commission of such offence, shall order the same to be forfeited or may, in the absence of such proof, order the release of such article, vehicle, book, document, copy or contrivance to the person entitled to it. (7) Any article, vehicle, book, document, copy or contrivance forfeited or deemed to be forfeited shall be delivered to the Controller who shall dispose of it in a manner he deems fit or deliver it up to the first owner of copyright in question, his assignee or exclusive licensee, as the case may be.

Malay text (authoritative)

Perampasan artikel

(1) Apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita menurut Akta ini boleh dirampas. (2) Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dituduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh apabila selesai perbicaraan itu, sama ada pesalah yang dituduh itu telah disabitkan atau tidak, memerintah supaya apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita daripada orang itu dilupuskan, atau dalam hal salinan langgaran, diserahkan kepada pemunya hak cipta yang pertama, pemegang serah hak atau pemegang lesen eksklusif, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Jika tiada apa-apa pendakwaan mengenai apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita semasa kuasa yang diberi di bawah Akta ini dijalankan, artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu hendaklah dikira dan disifatkan sebagai telah dirampas apabila tamatnya satu bulan kalendar dari tarikh ia disita, melainkan suatu tuntutan telah dibuat sebelum tarikh tersebut mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini. (4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita di bawah Akta ini dan artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu tidak boleh dirampas bolehlah dengan sendirinya atau melalui ejennya yang dibenarkan secara bertulis olehnya, memberi notis kepada Penolong Pengawal mengenai tuntutannya itu. (5) Apabila Penolong Pengawal menerima notis di bawah subseksyen (4), dia hendaklah merujuk notis itu kepada Pengawal yang boleh, setelah menjalankan siasatan yang difikirkannya perlu, mengarah artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut dilepaskan atau dirampas atau merujukkan perkara itu kepada mahkamah untuk diputuskan. (6) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujuk hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut dan kepada orang yang daripadanya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut telah disita untuk menghadirkan diri di hadapan mahkamah dan apabila dia memasukkan kehadirannya ataupun ingkar untuk memasukkan kehadirannya yang mana telah terbukti bahawa saman dihantar sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan mengenai perkara itu dan apabila terbukti sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya dan artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut adalah perkara atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, hendaklah mengarah supaya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu dirampas atau boleh, jika ketiadaan bukti tersebut, mengarah supaya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu dilepaskan kepada yang berhak kepadanya. (7) Apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang dirampas atau disifatkan telah dirampas hendaklah diserahkan kepada Pengawal yang hendaklah melupuskannya mengikut cara yang difikirkannya patut atau menyerahkannya kepada pemunya hak cipta yang pertama, pemegang serah hak atau pemegang lesen eksklusif, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 332 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next