My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1987

Copyright Act 1987 s 56

Copyright Act 1987 s 56

s 56 Protection of informers from discovery

(1) Except as hereinafter provided, no witness in any civil or criminal proceedings shall be obliged or permitted to disclose the name or address of an informer or the substance and nature of the information received from him or to state any matter which may lead to his discovery. (2) If any books, documents or papers which are in evidence or are liable to inspection in civil or criminal proceedings whatsoever contain any entry in which any informer is named or described or which might lead to his discovery, the court shall cause all such passages to be concealed from view or to be obliterated so far only as may be necessary to protect the informer from discovery. (3) If on the trial for any offence against this Act or any subsidiary legislation made thereunder the court after full enquiry into the case believes the informer unlawfully made in his complaint a material statement which he knew or believed to be false or did not believe to be true, or if in any other proceedings the court is of the opinion that justice cannot be fully done between the parties thereto without the discovery of the informer, it shall be lawful for the court to require the production of the original complaint, if in writing, and permit enquiry, and receive full disclosure concerning the informer.

Malay text (authoritative)

Perlindungan bagi pemberi maklumat daripada diketahui

(1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa dirinya diketahui. (2) Jika apa-apa buku, dokumen atau surat yang di bawah keterangan atau yang boleh diperiksa, dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah, mengandungi apa-apa pencatatan yang menamakan atau memperihalkan pemberi maklumat atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan tersebut disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat mana ia perlu untuk melindungi pemberi maklumat dari diketahui. (3) Jika semasa perbicaraan mengenai apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, mahkamah setelah menjalankan siasatan penuh terhadap kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat secara tidak sah di sisi undang-undang telah membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya adalah palsu atau tidak dipercayai sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak berkenaan tanpa identiti pemberi maklumat diketahui, maka adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal jika bertulis dikemukakan, dan membenarkan siasatan dan menerima pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 332 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next