Fire Services Act 1988 s 38
s 38 Power of entry
(1) An authorized officer may, together with such other persons as the officer thinks necessary, enter any premises for the purpose of—
(a) ascertaining whether there is, or has been, on or in connection with the premises, any contravention of any provision of this Act;
(b) obtaining such information concerning the premises as is required for fire-fighting purposes, including the water supplies available to or at the premises and the means of access to such water supplies;
(c) ascertaining whether there exists any fire-hazard in or affecting the premises;
(d) making any inquiry which he considers necessary in relation to any matter within the provisions of this Act; or
(e) exercising any power or performing any duty of the Director General under any other written law for the exercise or performance of which no power of entry is given by such law.
(2) No private dwelling shall be entered by virtue of this section between the hours of seven in the evening and seven in the morning.
(3) Before entering any premises by virtue of this section, an authorized officer shall display to the occupant thereof, if any, his identification card and, in the case of an authorized officer other than the Director General, the written authorization of the Director General and it shall be lawful for the occupant of the premises to deny entry to an authorized officer or to eject him from the premises if, on demand by the occupant, he fails or refuses to produce the said identification card and, as the case may be, authorization.
(4) An authorized officer shall leave any vacant or unoccupied premises that he has entered by virtue of this section as effectively secured against trespassers as he found them to be at the time of entry.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk masuk
(1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, bersama-sama dengan mana-mana orang lain yang difikirkan perlu oleh pegawai itu, memasuki mana-mana premis bagi maksud—
(a) menentukan sama ada terdapat, atau pernah terdapat, pada atau berkaitan dengan premis itu, apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini;
(b) mendapatkan apa-apa maklumat berkenaan dengan premis itu sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud menentang kebakaran, termasuk bekalan air yang boleh didapati untuk atau di premis itu dan laluan masuk ke bekalan air itu;
(c) menentukan sama ada terdapat apa-apa bahaya kebakaran di dalam atau yang menjejaskan premis itu;
(d) menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu berhubung dengan apa-apa perkara yang termasuk dalam peruntukan Akta ini; atau
(e) menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa tugas Ketua Pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang tiada kuasa masuk diberikan oleh undang-undang itu bagi menjalankan atau melaksanakannya.
(2) Tiada tempat kediaman persendirian boleh dimasuki menurut kuasa seksyen ini antara jam tujuh malam hingga jam tujuh pagi.
(3) Sebelum memasuki mana-mana premis menurut kuasa seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah menunjukkan kad pengenalan dirinya kepada penghuni premis itu, jika ada, dan, dalam hal seseorang pegawai diberi kuasa selain Ketua Pengarah, pemberikuasaan bertulis Ketua Pengarah dan adalah sah bagi penghuni premis itu untuk tidak membenarkan pegawai diberi kuasa itu masuk atau mengusirnya dari premis itu jika, apabila diminta oleh penghuni itu, dia gagal atau enggan mengemukakan kad pengenalan diri dan, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemberikuasaan itu.
(4) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah meninggalkan mana-mana premis kosong atau tidak dihuni yang telah dimasukinya menurut kuasa seksyen ini dalam keadaan selamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan yang didapatinya semasa dia memasukinya.
Read this section in the full act → · Open Part VI →
Find Act 341 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 April 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).