(1) Any authorized officer may without warrant arrest any person—
(a) found committing an offence under section 47; or
(b) whom he reasonably suspects to have committed any other offence under this Act if the person refuses to furnish his name and address or furnishes an address out of Malaysia or there are reasonable grounds for believing that he has furnished a false name and address or that he is likely to abscond.
(2) Where any person has been arrested pursuant to subsection (1) by an authorized officer, the officer making the arrest shall comply with section 28 of the Criminal Procedure Code [Act 593] as if he were a police officer.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk menangkap tanpa waran
(1) Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang—
(a) yang didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 47; atau
(b) yang disyakinya dengan munasabahnya telah melakukan apa-apa kesalahan lain di bawah Akta ini jika orang itu enggan memberikan nama dan alamatnya atau memberikan suatu alamat di luar Malaysia atau terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah memberikan nama dan alamat palsu atau bahawa dia mungkin akan melarikan diri.
(2) Jika mana-mana orang telah ditangkap menurut subseksyen (1) oleh pegawai diberi kuasa, pegawai yang membuat penangkapan itu hendaklah mematuhi seksyen 28 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] seolah-olah dia ialah seorang pegawai polis.
Text as at 1 April 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).