My bookmarksSign up free
← Fire Services Act 1988

Fire Services Act 1988 s 43

Fire Services Act 1988 s 43

s 43 Examination of witnesses

(1) An authorized officer making an investigation under section 41 may examine orally any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case. (2) Such person shall be bound to answer all questions relating to such case put to him by such officer: Provided that such person may refuse to answer any question the answer to which would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture. (3) A person making a statement under this section shall be legally bound to state the truth whether or not such statement is made wholly or partly in answer to questions. (4) An authorized officer examining a person under subsection (1) shall first inform that person of the provisions of subsections (2) and (3). (5) A statement made by any person under this section shall, whenever possible, be reduced into writing and signed by the person making it or affixed with his thumb-print, as the case may be, after it has been read to him in the language in which he made it and after he has been given an opportunity to make any corrections he may wish.

Malay text (authoritative)

Pemeriksaan saksi

(1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan di bawah seksyen 41 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu. (2) Orang itu hendaklah terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu: Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkencenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang sebenar sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan. (4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, pada bila-bila masa yang mungkin, diubahkan ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VI β†’

Find Act 341 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 April 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next