(1) The Director General or any Fire Officer authorized by him in writing may compound any offence which is prescribed to be a compoundable offence by accepting from the person reasonably suspected of having committed such offence a sum of money not exceeding five hundred ringgit:
Provided that the Director General or the officer so authorized shall not exercise his powers under this section unless that person in writing admits that he has committed the offence and requests the Director General or such officer to deal with the offence under this section.
(2) On the payment of such sum of money, the person reasonably suspected of having committed an offence, if in custody, shall be released and no further proceedings shall be taken against such person.
Malay text (authoritative)
Mengkompaun kesalahan
(1) Ketua Pengarah atau mana-mana Pegawai Bomba yang diberi kuasa olehnya secara bertulis boleh mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabahnya melakukan kesalahan sedemikian sejumlah wang yang tidak melebihi lima ratus ringgit:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa sedemikian tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini melainkan jika orang itu mengaku secara bertulis bahawa dia telah melakukan kesalahan itu dan meminta Ketua Pengarah atau pegawai itu mengendalikan kesalahan itu di bawah seksyen ini.
(2) Apabila apa-apa jumlah wang itu dibayar, orang yang disyaki dengan munasabahnya telah melakukan sesuatu kesalahan, jika dalam tahanan, hendaklah dibebaskan dan tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu.
Text as at 1 April 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).