Fire Services Act 1988 s 61
s 61 Service of notices and other documents
(1) A notice or other document may be served on a person or body for the purpose of this Act—
(a) by delivering the notice or document to the person; or
(b) by delivering the notice or document—
(i) at the person’s usual or last known abode or place of business, to his servant or an adult member of his family; or
(ii) at the body’s registered office or usual or last known place of business, to its servant or agent; or
(c) by leaving the notice or document in a cover addressed to the person or body—
(i) at the person’s usual or last known abode or place of business; or
(ii) at the body’s registered office or usual or last known place of business; or
(d) by sending the notice or document by prepaid registered post to the person or body—
(i) at the person’s usual or last known abode or place of business; or
(ii) at the body’s registered office or usual or last known place of business.
(2) If the name or the address of any owner or occupier of premises on whom any such notice or other document as aforesaid is to be served cannot after reasonable inquiry be ascertained by the person seeking to serve it, the notice or document may be served by addressing it to the person on whom it is to be served by the description of “owner” or “occupier” of the premises (describing them) to which the notice or document relates, and by delivering it to some responsible person resident or appearing to be resident on the premises, or, if there is no such person to whom it can be delivered, by affixing it or a copy of it to some conspicuous part of the premises.
(3) A notice or document served by prepaid registered post under paragraph (1)(d) shall be deemed to have been served at the time when the letter containing the notice or document would be delivered in the ordinary course of post; and it shall be sufficient proof of service that the letter was properly addressed in accordance with that paragraph and placed in the post; but where the letter is returned through the post undelivered, the notice or document shall not be deemed to have been served.
(4) In this section, “body” includes a body corporate or partnership.
Malay text (authoritative)
Penyampaian notis dan dokumen lain
(1) Suatu notis atau dokumen lain boleh disampaikan kepada seseorang atau suatu badan bagi maksud Akta ini—
(a) dengan menghantar notis atau dokumen itu kepada orang itu; atau
(b) dengan menghantar notis atau dokumen itu—
(i) ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu, kepada pekhidmatnya atau anggota keluarganya yang dewasa; atau
(ii) ke pejabat berdaftar badan itu atau ke tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui badan itu, kepada pekhidmat atau ejennya; atau
(c) dengan meninggalkan notis atau dokumen itu di dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang atau badan itu—
(i) di tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu; atau
(ii) di pejabat berdaftar badan itu atau di tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui badan itu; atau
(d) dengan menghantar notis atau dokumen itu secara pos berdaftar prabayar kepada orang atau badan itu—
(i) ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu; atau
(ii) ke pejabat berdaftar badan itu atau ke tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui badan itu.
(2) Jika nama atau alamat mana-mana pemunya atau penghuni premis yang kepadanya apa-apa notis atau dokumen lain seperti yang disebut terdahulu hendaklah disampaikan tidak dapat ditentukan selepas suatu siasatan yang munasabah oleh orang yang hendak menyampaikan notis atau dokumen itu, notis atau dokumen itu boleh disampaikan dengan mengalamatkannya kepada orang yang kepadanya notis atau dokumen itu hendaklah disampaikan dengan perihalan “pemunya” atau “penghuni” premis (dengan memperihalkannya) yang berhubung dengan notis atau dokumen itu, dan dengan menghantarserahkannya kepada manamana orang yang bertanggungjawab yang tinggal atau berupa tinggal di premis itu, atau, jika tiada orang yang sedemikian yang kepadanya notis atau dokumen itu boleh dihantarserahkan, dengan meletakkan notis atau dokumen itu atau salinannya di mana-mana bahagian premis itu yang mudah dilihat.
(3) Suatu notis atau dokumen yang disampaikan melalui pos berdaftar prabayar di bawah perenggan (1)(d) hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa surat yang mengandungi notis atau dokumen itu dihantar serah dalam perjalanan biasa pos; dan menjadi bukti penyampaian yang cukup bahawa surat itu telah dialamatkan dengan sepatutnya mengikut perenggan itu dan telah diposkan; tetapi jika surat itu dipulangkan melalui pos tidak dihantar, notis atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah tidak disampaikan.
(4) Dalam seksyen ini, “badan” termasuklah suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian.
Read this section in the full act → · Open Part IX →
Find Act 341 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 April 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).