My bookmarksSign up free
← Population and Family Development Act 1966

Population and Family Development Act 1966 s 3C

Population and Family Development Act 1966 s 3C

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 3C Kuasa tambahan Lembaga

(1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan kebenaran Menteri Kewangan― (a) jika ternyata diperlukan, berfaedah atau memudahkan bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, penjalanan kuasa dan penjalanan aktiviti Lembaga, memasuki penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bersama-sama, atau selainnya, dengan― (i) sesuatu perusahaan, syarikat atau pengusahaan swasta yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain; (ii) Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri; (iii) mana-mana pihak berkuasa berkanun; atau (iv) sesuatu suruhanjaya; (b) menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang telah dirancang atau yang sedang dijalankan oleh Lembaga; atau (c) melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu perbadanan, dengan nama yang didapati patut oleh Lembaga, untuk menjalankan dan mempunyai tanggungjawab terhadap, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya. (2) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah perenggan (c).

Read this section in the full act →

Find Act 352 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next