s 4B Anggota silih ganti
(1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(d) dan (e), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga yang tidak dapat dihadiri oleh anggota itu atas apa-apa sebab. (2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga. (3) Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.