My bookmarksSign up free
← Ports (Privatisation) Act 1990

Ports (Privatisation) Act 1990 s 11

Ports (Privatisation) Act 1990 s 11

s 11 Engagement of any person by a port authority for the purpose of carrying out any duty of the licensed operator

(1) Without prejudice to the provisions of subsection 10(1), if it appears to the port authority that a licensed operator has failed to carry out any of its duties under the licence, the port authority may give notice in writing to the licensed operator requiring it to perform such duties within the period prescribed in the notice. (2) If upon the expiry of the period prescribed in such notice the licensed operator fails to carry out the duties mentioned therein, the port authority may engage any other person to perform those duties and all costs and expenses incurred by the port authority in respect thereof shall on demand be immediately reimbursed by the licensed operator. (3) A person engaged by a port authority under subsection (2) may enter into any of the premises of the licensed operator and bring into the premises any equipment or machinery as may be necessary or proper for the purposes of carrying out those duties. (4) In every licence issued under section 9, there shall, in the absence of any express provision therein to the contrary, be the implied condition that any person engaged by a port authority under subsection (2) may in respect of the duties stated in the notice given by the port authority— (a) take temporary possession of and operate any equipment or machinery belonging to or utilized by the licensed operator; and (b) employ any servant or employee of the licensed operator. (5) Where any equipment or machinery of the licensed operator is temporarily taken over and operated under subsection (4), adequate compensation shall be paid to the licensed operator by the person taking over and operating such equipment or machinery. (6) The person engaged by a port authority under subsection (2) shall continue to perform the duties for which he was engaged notwithstanding any dispute as to adequate compensation referred to in subsection (5). (7) A port authority shall not be liable for any damage or injury occasioned by any act, omission or default of the person engaged by the port authority under subsection (2).

Malay text (authoritative)

Penggunaan perkhidmatan mana-mana orang oleh pihak berkuasa pelabuhan bagi tujuan menjalankan mana-mana kewajipan pengendali berlesen

(1) Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen 10(1), jika pada hemat pihak berkuasa pelabuhan pengendali berlesen telah gagal menjalankan mana-mana kewajipannya di bawah lesen itu, pihak berkuasa pelabuhan boleh memberi notis secara bertulis kepada pengendali berlesen memintanya melaksanakan kewajipan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan di dalam notis itu. (2) Jika selepas tamat tempoh yang ditetapkan di dalam notis tersebut pengendali berlesen gagal menjalankan kewajipan yang disebutkan di dalamnya, pihak berkuasa pelabuhan boleh mengguna khidmat mana-mana orang lain untuk melaksanakan kewajipan tersebut dan kesemua kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak berkuasa pelabuhan berkenaan dengannya apabila dituntut hendaklah dibayar balik dengan serta-merta oleh pengendali berlesen. (3) Seseorang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) boleh memasuki mana-mana premis pengendali berlesen itu dan membawa ke dalam premis itu apa-apa kelengkapan atau jentera sebagaimana yang perlu atau wajar bagi maksud menjalankan kewajipan tersebut. Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) (4) Di dalam setiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 9, hendaklah, jika tidak ada apa-apa peruntukan nyata di dalamnya yang berlawanan, terdapat syarat tersirat bahawa mana-mana orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) boleh— (a) mengambil milikan sementara dan mengendalikan mana-mana kelengkapan atau jentera kepunyaan atau yang digunakan oleh pengendali berlesen; dan (b) mengambil kerja mana-mana pekhidmat atau pekerja pengendali berlesen. (5) Jika mana-mana kelengkapan atau jentera kepunyaan pengendali berlesen diambil alih dan dikendalikan di bawah subseksyen (4), pampasan mencukupi hendaklah dibayar kepada pengendali berlesen oleh orang yang mengambil alih dan mengendalikan kelengkapan atau jentera tersebut. (6) Orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) hendaklah terus melaksanakan kewajipan yang baginya diguna khidmat walau apa pun pertikaian mengenai pampasan mencukupi yang dirujukkan di subseksyen (5) di atas. (7) Pihak berkuasa pelabuhan hendaklah tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2).

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 422 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next