My bookmarksSign up free
← Ports (Privatisation) Act 1990

Ports (Privatisation) Act 1990 s 13

Ports (Privatisation) Act 1990 s 13

s 13 Submission of reports, accounts, statistical information, etc.

(1) Every licensed operator shall— (a) within three months after the end of each financial year or such longer period as the port authority may allow, submit to the port authority— (i) a report of its operation during that financial year containing such information as is necessary to enable the port authority to make an informed assessment of such operation; and (ii) its audited annual balance sheet, profit and loss account, together with any note thereon, and the reports of the auditor and the directors; and (b) submit to the port authority— (i) such statistical information relating to its operation as may be required by the port authority from time to time; (ii) its cargo forecast over such period and in such form as may be determined by the port authority from time to time; and (iii) future development plans relating to any service or facility which it is bound to provide under the conditions of the licence. (2) A port authority may require a licensed operator to submit such further or additional information as it may deem necessary either by way of an explanation, amplification or otherwise with reference to any report or information forwarded by the licensed operator under subsection (1) and such information shall be submitted within the period and in such manner as the port authority may require.

Malay text (authoritative)

Pengemukaan laporan, akaun, maklumat statistik, dll.

(1) Tiap-tiap pengendali berlesen hendaklah— (a) dalam tempoh tiga bulan selepas tamat setiap tahun kewangan atau suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa pelabuhan menyerahkan kepada pihak berkuasa pelabuhan tersebut— (i) satu laporan mengenai operasinya bagi tahun kewangan tersebut mengandungi maklumat yang perlu untuk membolehkan pihak berkuasa pelabuhan membuat penilaian bermaklum mengenai operasi tersebut; dan (ii) kunci kira-kira tahunannya yang telah diaudit, akaun untung rugi, bersama dengan apa-apa nota mengenainya dan laporan juruaudit dan pengarahnya; dan (b) mengemukakan kepada pihak berkuasa pelabuhan— (i) maklumat statistik yang berhubungan dengan operasinya sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa pelabuhan dari semasa ke semasa; (ii) ramalan kargonya bagi sesuatu tempoh dan dalam bentuk sebagaimana yang diputuskan oleh pihak berkuasa pelabuhan dari semasa ke semasa; dan Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) (iii) rancangan pembangunan masa depan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan dan kemudahan yang mesti diadakan olehnya di bawah syarat lesen. (2) Pihak berkuasa pelabuhan boleh menghendaki pengendali berlesen mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan cara penjelasan, penghuraian, atau sebaliknya mengenai apa-apa laporan atau maklumat yang dikemukakan oleh pengendali tersebut di bawah subseksyen (1) dan maklumat tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh dan cara sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa pelabuhan.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 422 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next