Lembaga Pembangunan Langkawi Act 1990 s 28
s 28 Compulsory acquisition of land
(1) When any immovable property, not being State land, is needed to be acquired by the Lembaga for the purposes of this Act, such property may be acquired in accordance with the provisions of any written law for the time being in force in the State relating to the acquisition of land for a public purpose, and any declaration required by any such written law that such land is so needed may be made notwithstanding that compensation is to be paid by the Lembaga, and such declaration shall have effect as if it were a declaration that such land is needed for a public purpose in accordance with such written law.
(2) All expenses and compensation payable for the acquisition of any immovable property under this section shall be paid by the Lembaga.
(3) Where any immovable property has been acquired under this section, the Lembaga shall extract the necessary documents of title in respect of such property and shall pay any rent to which such property may be subject.
Malay text (authoritative)
Pengambilan tanah dengan paksa
(1) Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan perlu diperoleh oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis
yang sedang berkuat kuasa di Negeri itu yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, dan apa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga, dan akuan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia adalah suatu akuan bahawa tanah itu adalah diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.
(2) Segala belanja dan pampasan yang kena dibayar bagi pemerolehan mana-mana harta tak alih di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.
(3) Jika apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang dikenakan atas harta itu.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 423 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).