My bookmarksSign up free
← Pineapple Industry Act 1957

Pineapple Industry Act 1957 s 19

Pineapple Industry Act 1957 s 19

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 19 Recognition of association

(1) The Board may by notification in the Gazette specify one association each to represent the canning, can-supplying, fruit marketing and exporting branches of the pineapple industry as the notification which refers to it remains in force be deemed to be a representative association for the purposes of this Act and of any regulations made thereunder: Provided that no association shall be specified as a representative association as aforesaid or, having been so specified, continue to be a representative association unless— (a) its rules have been approved by the Board; (b) its rules— (i) contain nothing that can be construed as preventing the admission as a member of any person whom the association is intended to represent; (ii) contain nothing prejudicial to the general interests of the industry; (iii) provide that any person who applies for admission as a member and undertakes to comply with the rules of such association, shall be admitted as a member thereof. (2) Any association specified by notification in the Gazette as being representative of the canning branch of the pineapple industry under the Pineapple Industry Ordinance, 1951, shall be deemed to be a representative association of the canning branch of the pineapple industry under this Act. (3) Any association deemed to be a representative association under this section which subsequently makes any alteration in the articles, in the rules, or in the conditions affecting membership of the association, shall within fourteen days lodge with the Board a written copy of the alteration; and failure to comply with this subsection shall be an offence against this Act punishable on conviction with a fine not exceeding five hundred ringgit.

Malay text (authoritative)

Pengiktirafan persatuan

(1) Lembaga boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menetapkan satu persatuan setiap satunya untuk mewakili cawangan pengetinan, pembekalan tin, pemasaran buah dan pengeksportan masing-masingnya bagi industri nanas dan setiap persatuan sedemikian hendaklah dengan itu dan selagi pemberitahuan yang merujuk kepadanya masih berkuat kuasa disifatkan sebagai suatu persatuan perwakilan bagi maksud Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya: Dengan syarat bahawa tiada persatuan boleh ditetapkan sebagai suatu persatuan perwakilan seperti yang disebut terdahulu atau, setelah ditetapkan sedemikian, terus menjadi suatu persatuan perwakilan melainkan jika— (a) kaedah-kaedahnya telah diluluskan oleh Lembaga; (b) kaedah-kaedahnya— (i) tidak mengandungi apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai menghalang penerimaan masuk sebagai seorang anggota mana-mana orang yang persatuan itu bertujuan untuk mewakili; (ii) tidak mengandungi apa-apa jua yang menjejaskan kepentingan am industri itu; (iii) memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang memohon bagi penerimaan masuk sebagai seorang anggota dan mengaku janji untuk mematuhi kaedah-kaedah persatuan itu, hendaklah diterima masuk sebagai seorang anggotanya. (2) Mana-mana persatuan yang ditetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai mewakili cawangan pengetinan bagi industri nanas di bawah Ordinan Perindustrian Nanas 1951, hendaklah disifatkan sebagai suatu persatuan perwakilan bagi cawangan pengetinan bagi industri nanas di bawah Akta ini. (3) Mana-mana persatuan yang disifatkan sebagai suatu persatuan perwakilan di bawah seksyen ini yang kemudiannya membuat apa-apa pengubahan dalam perkara-perkara, dalam kaedah-kaedah, atau dalam syarat yang menyentuh keanggotaan persatuan itu, hendaklah dalam masa empat belas hari menyerah simpan dengan Lembaga suatu salinan bertulis tentang pengubahan itu; dan kegagalan untuk mematuhi subseksyen ini adalah menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini yang boleh dihukum atas sabitan dengan denda yang tidak melebihi lima ratus ringgit.

Read this section in the full act →

Find Act 427 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next