Coin (Import and Export) Act 1957 s 6
s 6 Search warrant
Any Magistrate who is satisfied by sworn information in writing that there is good reason to believe that any coin which has been imported or is in the act of being imported or exported in contravention of any such order as aforesaid is likely to be found in any place to the nominal value of fifty ringgit or upwards, may by warrant under his hand direct any public officer named or specified therein to enter such place and search the same and seize all coin or coins found therein the importation or exportation of which is for the time being prohibited as aforesaid, and detain the same pending the declaration of a First Class Magistrate as to its forfeiture.
Malay text (authoritative)
Waran geledah
Mana-mana Majistret yang berpuas hati dengan maklumat bersumpah secara bertulis bahawa terdapat sebab baik untuk mempercayai bahawa mana-mana syiling dengan nilai nominal lima puluh ringgit atau ke atas telah diimport atau sedang diimport atau dieksport dengan melanggar mana-mana perintah sedemikian seperti yang disebut terdahulu kemungkinan terdapat di mana-mana tempat, boleh dengan waran yang ditandatanganinya mengarahkan mana-mana pegawai awam yang dinamakan atau dinyatakan di dalamnya untuk memasuki tempat itu dan menggeledahnya dan menyita semua syiling atau syiling yang terdapat di dalamnya yang pengimportan atau pengeskportannya adalah pada masa ini dilarang seperti yang disebut terdahulu, dan menahannya sementara menanti pengisytiharan seorang Majistret Kelas Pertama mengenai perampasan syiling itu.
Read this section in the full act β
Find Act 430 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).