My bookmarksSign up free
← Midwives Act 1966

Midwives Act 1966 s 10

Midwives Act 1966 s 10

s 10 Register

(1) The Registrar shall maintain a Register containing the names, addresses and qualifications of persons eligible to practise as midwives, and such other particulars as the Registrar may require. (2) The Register shall consist of four parts, that is to say: (a) Part I, containing the names, addresses, qualifications and other particulars of any nurse possessing the qualifications specified in subsection 11(1); (b) Part II, containing the names, addresses, qualifications and other particulars of any person possessing the qualifications mentioned in subsection 11(2); (c) Part III, containing the names, addresses, qualifications and other particulars of any person specified in subsection 11(3); and (d) Part IV, containing the names, addresses, qualifications and other particulars of any person possessing the qualifications specified in subsection 11(4). (3) The Registrar shall after entering the name of any person in the Register issue to such person a certificate of registration; and the certificate shall state in what part of the Register such person has been registered. (4) A certificate under the hand of the Registrar stating that a person is or is not registered under this Act, and if registered, in what part of the Register the person is so registered, shall be conclusive evidence of the fact stated therein; and for that purpose any certificate purported to be under the hand of the Registrar aforesaid shall, unless the contrary is proved, be deemed to have been signed by the Registrar.

Malay text (authoritative)

Daftar

(1) Pendaftar hendaklah menyenggara suatu Daftar yang mengandungi nama, alamat dan kelayakan orang yang layak mengamal sebagai bidan, dan apa-apa butir lain yang dikehendaki oleh Pendaftar. (2) Daftar hendaklah mengandungi empat bahagian, iaitu— (a) Bahagian I, yang mengandungi nama, alamat, kelayakan dan butir-butir lain mana-mana jururawat yang memiliki kelayakan yang dinyatakan dalam subseksyen 11(1); (b) Bahagian II, yang mengandungi nama, alamat, kelayakan dan butir-butir lain mana-mana orang yang memiliki kelayakan yang disebut dalam subseksyen 11(2); (c) Bahagian III, yang mengandungi nama, alamat, kelayakan dan butir-butir lain mana-mana orang yang dinyatakan dalam subseksyen 11(3); dan (d) Bahagian IV, yang mengandungi nama, alamat, kelayakan dan butir-butir lain mana-mana orang yang memiliki kelayakan yang dinyatakan dalam subseksyen 11(4). (3) Pendaftar hendaklah selepas memasukkan nama mana-mana orang dalam Daftar mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan pendaftaran; dan perakuan itu hendaklah menyatakan dalam bahagian mana Daftar itu orang itu telah didaftarkan. (4) Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar yang menyatakan bahawa seseorang didaftarkan atau tidak didaftarkan di bawah Akta ini, dan jika didaftarkan, dalam bahagian mana Daftar orang itu telah didaftarkan sedemikian, hendaklah menjadi keterangan konklusif mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya; dan bagi maksud itu mana-mana perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pendaftar yang disebut terdahulu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah ditandatangani oleh Pendaftar itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 436 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next