(1) The following persons shall be eligible to practise as midwives under Part I of the Register, that is to say:
(a) any nurse who has been trained in the States of Malaya before the commencement of this Act and who⎯
(i) possesses a certificate issued under any written law relating to midwives, stating that such nurse was under that law qualified to practise midwifery and
Midwives
continued to be so qualified immediately before the commencement of this Act; or
(ii) possesses on the date of the commencement of this Act a diploma certifying that such nurse has undergone a course of training and passed the examinations prescribed by the Ministry of Health; or
(iii) is eligible to practise midwifery by reason that such nurse is entitled to the certificate or diploma aforementioned;
(b) any nurse or person who has passed the examination prescribed by the Board as the examination qualifying any successful examinee to be registered under Part I of the Register; and
(c) any nurse or person who possesses the qualifications acceptable to the Board or a certificate to practise midwifery issued by such body as the Board may recognize.
(2) The following persons shall be eligible to practise as midwives under Part II of the Register, that is to say:
(a) any person who immediately before the commencement of this Act was authorized to practise midwifery in any State by reason that the name of such person was contained in the Register of Midwives kept by the Chief Medical and Health Officer of the State;
(b) any person untrained in the practice of midwifery, who within four years of the commencement of this Act, satisfies the Registrar that such person has during the period of two years immediately preceding application for registration under Part II of the Register, attended to women during childbirth;
(c) any person who has passed any examination prescribed by the Board as an examination qualifying any successful examinee to be registered under Part II of the Register; and
(d) any person who possesses the qualifications acceptable to the Board or a certificate to practise midwifery issued by such body as the Board may recognize.
(3) Any rural nurse, community nurse and rural health nurse shall be eligible to practise as midwives under Part III of the Register.
(4) Any person who, within ten years of the commencement of this subsection, satisfies the Registrar that he or she has, during the period of two years immediately preceding application for registration under Part IV of the Register, attended to women in childbirth according to purely Malay, Chinese, Indian or other native methods under the supervision of any person registered under Part I, II or III of the Register, and is a fit and proper person to practise as midwives, shall be eligible to practise as midwives under Part IV of the Register.
Malay text (authoritative)
Kelayakan bagi pendaftaran
(1) Orang yang berikut layak untuk menjalankan amalan sebagai bidan di bawah Bahagian I Daftar, iaitu—
(a) mana-mana jururawat yang telah dilatih dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang—
(i) memiliki suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan bidan, yang menyatakan bahawa jururawat itu layak untuk menjalankan amalan perbidanan di bawah undang-undang bertulis itu dan terus berkelayakan sedemikian sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; atau
(ii) memiliki pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini suatu diploma yang memperakui bahawa jururawat itu telah menjalani suatu kursus latihan dan telah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan; atau
(iii) adalah layak untuk mengamalkan perbidanan oleh sebab jururawat itu berhak kepada perakuan atau diploma yang disebut terdahulu;
(b) mana-mana jururawat atau orang yang telah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai
peperiksaan yang melayakkan mana-mana calon peperiksaan yang berjaya untuk didaftarkan di bawah Bahagian I Daftar; dan
(c) mana-mana jururawat atau orang yang memiliki kelayakan yang boleh diterima oleh Lembaga atau suatu perakuan untuk menjalankan amalan perbidanan yang dikeluarkan oleh mana-mana badan yang diiktiraf oleh Lembaga.
(2) Orang yang berikut adalah layak untuk menjalankan amalan sebagai bidan di bawah Bahagian II Daftar, iaitu:
(a) mana-mana orang yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini dibenarkan untuk menjalankan amalan perbidanan di mana-mana Negeri oleh sebab nama orang itu ada dalam Daftar Bidan yang disimpan oleh Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan Negeri;
(b) mana-mana orang yang tidak dilatih dalam amalan perbidanan, yang dalam masa empat tahun dari permulaan kuat kuasa Akta ini, memuaskan hati Pendaftar bahawa orang itu dalam tempoh dua tahun sebelum sahaja permohonan bagi pendaftaran di bawah Bahagian II Daftar, telah membantu perempuan semasa melahirkan anak;
(c) mana-mana orang yang telah lulus mana-mana peperiksaan yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai peperiksaan yang melayakkan mana-mana calon peperiksaan yang berjaya untuk didaftarkan di bawah Bahagian II Daftar; dan
(d) mana-mana orang yang memiliki kelayakan yang boleh diterima oleh Lembaga atau suatu perakuan untuk mengamalkan perbidanan yang dikeluarkan oleh mana-mana badan yang diiktiraf oleh Lembaga.
(3) Mana-mana jururawat luar bandar, jururawat masyarakat dan jururawat kesihatan luar bandar adalah layak untuk menjalankan amalan sebagai bidan di bawah Bahagian III Daftar.
(4) Mana-mana orang yang, dalam masa sepuluh tahun dari permulaan kuat kuasa subseksyen ini, memuaskan hati Pendaftar bahawa dia telah, dalam tempoh dua tahun sebaik sebelum permohonan bagi pendaftaran di bawah Bahagian IV Daftar, membantu perempuan semasa kelahiran anak semata-mata mengikut kaedah Melayu, Cina, India atau kaedah asli lain di bawah penyeliaan mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Bahagian I, II atau III Daftar, dan ialah seorang yang layak dan sesuai untuk menjalankan amalan sebagai bidan, adalah layak untuk menjalankan amalan sebagai bidan di bawah Bahagian IV Daftar.
Text as at 15 October 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).