My bookmarksSign up free
← Labuan Companies Act 1990

Labuan Companies Act 1990 s 60

Labuan Companies Act 1990 s 60

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 60

(1) Jika sesuatu syarikat luar pesisir telah menebus mana-mana debentur— (a) melainkan jika apa-apa peruntukan yang berlawanan, sama ada nyata atau tersirat, terkandung dalam apa-apa kontrak yang dibuat (b) melainkan jika syarikat itu telah, dengan meluluskan suatu ketetapan bagi maksud itu atau dengan apa-apa perbuatan lain, menyatakan niatnya supaya debentur-debentur itu dikenselkan, syarikat itu hendaklah mempunyai kuasa untuk menerbitkan semula debentur-debentur itu, sama ada dengan menerbitkan semula debentur-debentur yang sama atau dengan menerbitkan debentur-debentur lain bagi menggantikannya, tetapi penerbitan semula sesuatu debentur atau penerbitan sesuatu debentur bagi menggantikan yang lain di bawah subseksyen ini tidaklah boleh diambil kira sebagai penerbitan sesuatu debentur baru bagi maksud apa-apa peruntukan yang membataskan amaun atau bilangan debentur-debentur yang boleh diterbitkan oleh syarikat itu. (2) Apabila debentur telah ditebus diterbitkan semula, orang yang berhak terhadap debentur itu hendaklah mempunyai, dan hendaklah disifatkan sentiasa telah mempunyai, prioriti-prioriti yang sama seolah-olah debentur itu tidak pernah ditebus. (3) Jika sesuatu syarikat luar pesisir telah mendepositkan mana-mana debenturnya bagi mendapatkan pendahuluan bagi akaun semasa atau selainnya, debenturdebentur itu tidaklah boleh disifatkan telah ditebus semata-mata oleh sebab akaun syarikat itu telah tidak lagi dalam debit semasa debentur-debentur itu masih didepositkan demikian. : : [Bah. IV, S. 61-62]

Read this section in the full act →

Find Act 441 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next