Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 16
Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
s 16
Responsibility for doing all acts and matters required to Officers be done by or on behalf of an offshore company for the responsible purposes of this Act shall lie jointly and severally withcompliance.
(a) the manager or other principal officer in Malaysia;
(b) the resident director as provided in the Offshore Companies Act 1990;
(c) the secretary;
(d) in the case of a trust, the trustee or trustees;
(e) any person (however styled) performing the functions of any of the persons mentioned in the foregoing paragraphs; and
(f) in the case of a company under liquidation or receivership, the liquidator or receiver, as the case may be.
Malay text (authoritative)
Pegawai yang bertanggungjawab bagi pematuhan
Tanggungjawab bagi melakukan segala tindakan dan perkara yang dikehendaki dilakukan oleh atau bagi pihak suatu entiti Labuan bagi maksud Akta ini adalah terletak bersesama dan berasingan pada—
(a) pengurus atau pegawai utama lain di Malaysia;
(b) pengarah pemastautin sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990;
(c) setiausaha;
(d) dalam hal suatu amanah, pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah;
(e) mana-mana orang (walau bagaimanapun digelar) yang melaksanakan fungsi mana-mana orang yang disebut dalam perenggan di atas;
(f) dalam hal suatu syarikat di bawah likuidasi atau penerimaan, pelikuidasi atau penerima, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(g) dalam hal suatu perkongsian, pekongsi atau pekongsi-pekongsi;
(h) dalam hal suatu perkongsian terhad Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707] atau suatu perkongsian terhad Islam Labuan yang ditubuhkan di bawah Bahagian X Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010, pekongsi atau pekongsi-pekongsi umum;
(i) dalam hal suatu perkongsian liabiliti terhad Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 atau suatu perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan yang ditubuhkan di bawah Bahagian X Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010, pekongsi atau pekongsi-pekongsi yang ditentukan; dan
(j) dalam hal suatu yayasan Labuan, pegawai atau pegawaipegawainya.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 445 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).