My bookmarksSign up free
← Labuan Business Activity Tax Act 1990

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 24

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 24

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 24

(1) The Director-General may, in a case where he Compounding of deems it fit and proper to do so, compound any offence offences. committed by any person under section 22 or 23, by making a written offer to such person to compound the offence by paying to the Director-General within such time as may be specified in the offer such sum of money as may be specified in the offer, which shall not exceed fifty per cent of the amount of the maximum fine to which that person would have been liable if he had been convicted of the offence. (2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and where the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer, or during such extended period as the Director- General may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time thereafter against the person to whom the offer was made. (3) Where an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall thereafter be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made.

Malay text (authoritative)

Pengkompaunan kesalahan

(1) Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh manamana orang di bawah seksyen 22 atau 23, atau apa-apa peraturanperaturan yang dibuat menurut subseksyen 21(1) dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bilabila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk pada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah. (4) Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Read this section in the full act →

Find Act 445 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next