My bookmarksSign up free
← Labuan Business Activity Tax Act 1990

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 6B

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 6B

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 6B Notis taksiran

(1) Dengan secepat yang boleh selepas suatu taksiran dibuat di bawah seksyen 6, Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan suatu notis taksiran disampaikan, secara ke diri atau melalui pos ke atas entiti Labuan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan orang yang baginya taksiran itu dibuat. (2) Jika cukai yang dikenakan di bawah suatu taksiran dinaikkan atas rayuan kepada Pesuruhjaya Khas atau suatu mahkamah, maka, secepat yang boleh selepas rayuan diputuskan hendaklah disampaikan, secara ke diri atau melalui pos ke atas entiti Labuan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan orang yang baginya suatu taksiran dibuat suatu notis taksiran tambahan. (3) Notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah menunjukkan, sebagai tambahan kepada apa-apa bahan lain yang termasuk dalamnya— (a) dalam hal suatu notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1), tahun taksiran dan amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang dikenakan; (b) dalam hal suatu notis yang disampaikan di bawah subseksyen (2), tahun taksiran dan amaun kenaikan dalam cukai yang dikenakan; dan (c) dalam mana-mana hal— (i) tempat pembayaran perlu dibuat; (ii) kenaikan bagi pembayaran lewat yang dikenakan oleh subseksyen 13A(2); dan (iii) apa-apa hak untuk merayu yang wujud di bawah Akta ini.

Read this section in the full act →

Find Act 445 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next