My bookmarksSign up free
← Labuan Business Activity Tax Act 1990

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 6D

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 6D

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 6D Hak untuk merayu

(1) Seseorang yang terkilan dengan suatu taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat ke atasnya boleh merayu kepada Pesuruhjaya Khas terhadap taksiran atau taksiran tambahan itu mengikut cara yang sama sebagaimana suatu rayuan terhadap suatu taksiran cukai pendapatan dibuat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, dan seksyen 99, 100, 101 dan 102 Akta Cukai Pendapatan 1967, setakat yang ia terpakai dan dengan ubah suaian yang perlu, hendaklah terpakai bagi suatu rayuan terhadap suatu taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat di bawah Akta ini seolah-olah— (a) tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai cukai pendapatan atau mengenai cukai ialah sebutan mengenai cukai aktiviti perniagaan Labuan; dan (b) tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai pendapatan ialah sebutan mengenai keuntungan yang boleh dikenakan cukai. (2) Jadual 5 kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu berhubung dengan tatacara pendengaran rayuan kepada Pesuruhjaya Khas dan tatacara pendengaran rayuan lanjutan.

Read this section in the full act →

Find Act 445 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next