s 24M Notis untuk mengosongkan penginapan
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika seseorang pekerja meletak jawatan di bawah kontrak perkhidmatan atau perkhidmatannya ditamatkan melalui notis tidak kurang daripada empat minggu, pekerja itu hendaklah mengosongkan penginapan pada tarikh berkuat kuasanya peletakan jawatannya itu atau tarikh kontrak perkhidmatan itu ditamatkan. (2) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pekerja yang kontrak perkhidmatannya ditamatkan melalui notis kurang daripada empat minggu atau ditamatkan dengan kuat kuasa serta-merta hendaklah mengosongkan penginapan dalam masa empat minggu dari tarikh notis itu atau tarikh kontrak perkhidmatan itu ditamatkan.