My bookmarksSign up free
← Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 25

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 25

s 25 Regulations

(1) The Minister may, from time to time, make such regulations as may be necessary or expedient for giving full effect to the provisions of this Act, or for the further, better or more convenient implementation of the provisions of this Act. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1) regulations may be made— (a) to prescribe the minimum requirements for various classes of buildings (including temporary buildings) to be used for the housing of workers, or as nurseries or community halls, the minimum sanitary requirements, water and electricity supplies and other matters pertaining to health in respect of such buildings; (b) to prescribe the minimum equipment and staff for nurseries and the type and amount of milk, play equipment and play activity programmes to be provided for the dependants accommodated therein under section10; (c) to prescribe, in consultation with the Minister of Health— (i) as regards clinics, the minimum equipment, surgical and medical appliances, drugs, staff and the types of services to be provided and the registers and records to be kept; and (ii) as regards water supply, the manner in which water is to be filtered and treated; (d) to prescribe the procedure for the submission and approval of plans of buildings and their sites; (e) to prescribe the form of any register, summons or order required to be kept, issued or made under this Act; and (f) to prescribe anything which may be prescribed under this Act.

Malay text (authoritative)

Peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini, atau bagi pelaksanaan lanjut, lebih baik atau lebih mudah peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturan boleh dibuat— (a) bagi menetapkan kehendak minimum untuk pelbagai kelas bangunan (termasuk bangunan sementara) yang digunakan bagi perumahan pekerja, atau sebagai pusat asuhan kanak-kanak atau dewan komuniti, kehendak sanitari minimum, bekalan air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik dan perkara lain mengenai kesihatan berkenaan dengan bangunan itu; (aa) bagi menetapkan kehendak minimum untuk pelbagai kelas bangunan yang digunakan bagi penginapan dan penginapan berpusat pekerja dan kehendak sanitari minimum, bekalan air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik dan perkara lain mengenai kesihatan berkenaan dengan bangunan itu; (ab) bagi menetapkan mana-mana kelas, kategori atau pemerihalan pekerja yang dikehendaki untuk disediakan dengan penginapan di bawah Bahagian IIIa; (ac) bagi menetapkan kadar sewa atau caj maksimum bagi penginapan yang boleh dipungut di bawah Bahagian IIIa; (b) bagi menetapkan kelengkapan dan kakitangan minimum untuk pusat asuhan kanak-kanak dan jenis dan amaun susu, kelengkapan permainan dan program aktiviti permainan yang hendaklah disediakan bagi tanggungan yang ditempatkan di dalamnya di bawah seksyen 10; (c) bagi menetapkan, selepas berunding dengan Menteri Kesihatan— (i) berkenaan dengan klinik, kelengkapan, perkakas pembedahan dan perubatan, ubat-ubatan, kakitangan dan jenis perkhidmatan minimum yang hendaklah disediakan dan daftar dan rekod yang hendaklah disimpan; dan (ii) berkenaan dengan bekalan air, cara bagaimana air hendaklah dituras dan diproses; (d) bagi menetapkan tatacara bagi mengemukakan dan meluluskan pelan bangunan dan tapaknya; (e) bagi menetapkan bentuk apa-apa daftar, saman atau perintah yang dikehendaki disimpan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini; dan (f) bagi menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 446 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next