My bookmarksSign up free
← Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 27

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 27

s 27 Power of Director General, etc. to inspect, investigate and to issue summons

(1) The Director General, Medical Officer of Health or District Engineer shall have power at all times without the need for previous notice— (a) to enter and inspect any place of employment or any building which, he believes, is used by an employer for the housing of his workers or as a nursery or as a community hall; (b) to enter and inspect any estate hospital, group estate hospital and clinic where workers are provided with medical attendance, care and treatment; and (c) to make such inquiry or investigation as he considers necessary in relation to any matter within the provisions of this Act. (2) In the course of an inspection under this Act the Director General, Medical Officer of Health or District Engineer may— (a) put questions relating to matters covered under the provisions of this Act, either in private or in the presence of witnesses, as they may choose, to the owner or occupier of the place of employment, or his representative, to the employer of any worker employed thereat or his representative, to any person in charge of the workers, to the workers themselves and to any other person whose evidence he may consider necessary; and all such persons shall be legally bound to answer such questions truthfully to the best of their ability; (b) require the employer to produce before him all or any of the workers employed by him together with any records, registers and documents relating to matters covered under the provisions of this Act including any contract of service, book of account of wages, register and any other document relating to such workers or their employment and to answer such questions in respect thereof as he may think fit to ask; (c) copy or make extracts from such record, contract of service, book of account of wages, register and any other document referred to in paragraph (b); (d) take possession of such record, contract of service, book of account of wages, register and any other document where, in his opinion— (i) the inspection, copying or the making of extracts from such record, contract of service, book of account of wages, register or any other document cannot reasonably be undertaken without taking possession of them; (ii) they may be interfered with or destroyed unless he takes possession of them; or (iii) they may be needed as evidence in any legal proceedings under this Act; and (e) take samples of water supplies for examination and analysis. (3) As respects the power to inspect, inquire and investigate aforesaid, the Director General may by summons in the prescribed form require any person, whom he has reason to believe to be able to give any information relevant to the matter in question, to give such information, and any person so summoned shall be bound to attend before the Director General and to answer truthfully any question put to him by the Director General relating to the said matter. (4) Sections 82 and 83 of the Employment Act 1955 shall apply to the service of a summons issued under this section as they apply to a summons issued under Part XV of the said Act.

Malay text (authoritative)

Kuasa Ketua Pengarah, dsb. untuk memeriksa, menyiasat dan untuk mengeluarkan saman

(1) Ketua Pengarah, Pegawai Perubatan Kesihatan atau Jurutera Daerah hendaklah mempunyai kuasa pada setiap masa tanpa memerlukan notis terlebih dahulu— (a) untuk memasuki dan memeriksa mana-mana tempat pekerjaan atau mana-mana bangunan yang dia percaya digunakan oleh seorang majikan bagi perumahan pekerjanya atau sebagai suatu pusat asuhan kanak-kanak atau sebagai suatu dewan komuniti; (b) untuk memasuki dan memeriksa mana-mana hospital estet, hospital estet kumpulan dan klinik di mana pekerja disediakan layanan, jagaan dan rawatan perubatan; dan (c) untuk membuat apa-apa siasatan atau penyiasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu berhubung dengan apa-apa perkara dalam peruntukan Akta ini. (2) Dalam menjalankan sesuatu pemeriksaan di bawah Akta ini, Ketua Pengarah, Pegawai Perubatan Kesihatan atau Jurutera Daerah boleh— (a) mengemukakan soalan yang berhubungan dengan perkara yang diliputi di bawah peruntukan Akta ini, sama ada secara persendirian atau di hadapan saksi, mengikut pilihan mereka, kepada pemunya atau penghuni tempat pekerjaan, atau wakilnya, kepada majikan bagi mana-mana pekerja yang diambil kerja di situ atau wakilnya, kepada mana-mana orang yang menjaga pekerja, kepada pekerja itu sendiri dan kepada mana-mana orang lain yang keterangannya difikirkannya perlu; dan kesemua orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan itu dengan benar dengan seberapa daya mereka; (b) menghendaki majikan membawa ke hadapannya kesemua atau mana-mana pekerja yang diambil kerja olehnya bersama-sama dengan apa-apa rekod, daftar dan dokumen yang berhubungan dengan perkara yang diliputi di bawah peruntukan Akta ini termasuk apa-apa kontrak perkhidmatan, buku akaun upah, daftar dan apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan pekerja itu atau pekerjaan mereka dan menjawab apa-apa soalan berkenaan dengannya yang difikirkannya patut disoal; (c) menyalin atau membuat cabutan daripada apa-apa rekod, kontrak perkhidmatan, buku akaun upah, daftar dan apa-apa dokumen lain yang disebut dalam perenggan (b); (d) mengambil milikan apa-apa rekod, kontrak perkhidmatan, buku akaun upah, daftar dan apa-apa dokumen lain jika pada pendapatnya— (i) pemeriksaan, penyalinan atau pencabutan daripada rekod, kontrak perkhidmatan, buku akaun upah, daftar atau apa-apa dokumen lain tidak dapat dilakukan dengan munasabah tanpa mengambil milikannya; (ii) ia mungkin dipinda atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil milikannya; atau (iii) ia mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang di bawah Akta ini; dan (e) mengambil sampel bekalan air bagi pemeriksaan dan analisis. (3) Berkenaan dengan kuasa untuk memeriksa, menyoal dan menyiasat yang disebut terdahulu, Ketua Pengarah boleh melalui saman dalam borang yang ditetapkan menghendaki mana-mana orang, yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai dapat memberikan apa-apa maklumat yang relevan dengan perkara yang dipersoalkan, untuk memberikan maklumat sedemikian, dan mana-mana orang yang disaman itu adalah terikat untuk hadir di hadapan Ketua Pengarah dan untuk menjawab dengan benar apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Ketua Pengarah yang berhubungan dengan perkara itu. (4) Seksyen 82 dan 83 Akta Kerja 1955 hendaklah terpakai bagi penyampaian suatu saman yang dikeluarkan di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi suatu saman yang dikeluarkan di bawah Bahagian XV Akta itu.

Read this section in the full act →

Find Act 446 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next