My bookmarksSign up free
← Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 3

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 3

s 3 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise require— “building” means any building used for the housing of workers and includes a nursery and a community hall; “contract of service” means any agreement, whether oral or in writing and whether express or implied, whereby one person agrees to employ another as a worker and that other person agrees to serve his employer as a worker; “dependant” means the spouse, parent (including stepfather and stepmother), grandparent, child (including stepchild), brother and sister (including half-brother and half-sister and stepbrother and stepsister) of a worker, who is dependent on such worker, and includes— (a) as respects a child, an illegitimate child or a child adopted in accordance with any written law relating to adoption; and (b) as respects parents, the parents of an illegitimate child, and any person by whom the worker was adopted in accordance with any written law relating to adoption; “Director General” means the Director General of Labour appointed under subsection 3(1) of the Employment Act 1955 [Act 265] and includes any officer who, by virtue of an order made under section 26, is vested with all or any of the powers of the aforesaid Director General; “District Engineer”, in respect of a district, means any engineer in the service of the Federal or State Government who is for the time being carrying out the duties of the Public Works Department for that district and, for the purpose of subsection 27(1), includes any officer authorized in writing in that behalf by the District Engineer; “employer” means— (a) any person who has entered into a contract of service to employ any other person as a worker and includes the agent, manager and factor of such first mentioned person; or (b) where the owner or lessee (including the agent, manager and factor of such owner or lessee) of a place of employment (hereinafter referred to as the first mentioned person) has entered into an agreement, whether oral or in writing and whether expressed or implied, with another person for the purpose of executing any work for or connected with any business, trade, operation or interest of such first mentioned person, the term “employer” shall also include such first mentioned person, and the term “employ” with its grammatical variations and cognate expressions, shall be construed accordingly; “estate” means any agricultural land exceeding twenty hectares in extent upon which agricultural operations of any kind are carried on or upon which the produce of any plants or trees is collected or treated, or any mine or any other place of employment so declared by order of the Minister; “Medical Officer” means a registered medical practitioner who is employed in a medical capacity by the Federal or State Government; “Medical Officer of Health” means any medical practitioner in the service of the Government or any local authority who is for the time being carrying out the duties of a Medical Officer of Health in any area, district, or local authority area, and includes the Director General, the Deputy Director General of Health, the Director of Health Services, any Deputy Director of Health Services, any State Director of Medical and Health Services, any State Deputy Director of Medical and Health Services, the Sabah State Director of Medical Services and his Deputy and the Sarawak State Director of Medical Services and his Deputy, and for the purpose of subsection 27(1), includes any officer authorized in writing in that behalf by the Medical Officer of Health; “Minister” means the Minister for the time being charged with the responsibility for labour; “place of employment” means a place where work is carried on by or on behalf of or for an employer and shall include any place in which workers are housed by an employer; “registered medical practitioner” means a medical practitioner registered under the Medical Act 1971 [Act 50]; “resident manager”, in relation to an estate, means any employer or agent of an employer who resides on, or is in immediate charge of, the estate in which the workers are employed; “resident registered medical practitioner”, in relation to an estate, means any registered medical practitioner employed by the employer and who resides on the estate in which the workers are employed; “worker” means an employee as defined in the First Schedule to the Employment Act 1955 and includes his dependants.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “bangunan” ertinya, berhubung dengan Bahagian II, mana-mana bangunan yang digunakan untuk perumahan pekerja dan termasuklah pusat asuhan kanak-kanak dan dewan komuniti; “estet” ertinya mana-mana tanah pertanian yang melebihi dua puluh hektar luasnya yang di atasnya apa-apa jenis urusan pertanian dijalankan atau yang di atasnya hasil apa-apa tumbuhan atau pokok dikutip atau diproses, atau mana-mana lombong atau mana-mana tempat pekerjaan lain yang diisytiharkan oleh Menteri melalui perintah; “Jurutera Daerah”, berkenaan dengan suatu daerah, ertinya mana-mana jurutera dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang sedang menjalankan kewajipan Jabatan Kerja Raya bagi daerah itu dan, bagi maksud subseksyen 27(1), termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Jurutera Daerah; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan termasuklah mana-mana pegawai yang, menurut kuasa suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 26, diletak hak dengan kesemua atau mana-mana kuasa Ketua Pengarah; “kontrak perkhidmatan” ertinya mana-mana perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, yang mana seseorang bersetuju mengambil seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju berkhidmat dengan majikannya sebagai seorang pekerja; “majikan” ertinya— (a) mana-mana orang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja mana-mana orang lain sebagai pekerja dan termasuklah ejen, pengurus dan faktor bagi orang yang mula-mula disebut; atau (b) jika pemunya atau penerima pajak (termasuk ejen, pengurus dan faktor bagi pemunya atau penerima pajak itu) suatu tempat pekerjaan (kemudian daripada ini disebut “orang yang mula-mula disebut”) telah membuat suatu perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, dengan orang yang lain bagi maksud melaksanakan apa-apa kerja bagi atau berkaitan dengan apa-apa perniagaan, perdagangan, urusan atau kepentingan orang yang mula-mula disebut itu, istilah “majikan” hendaklah juga termasuk orang yang mula-mula disebut itu, dan perkataan “mengambil kerja”, dengan variasi gramatis dan ungkapan seasal, hendaklah ditafsirkan sewajarnya; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia; “Pegawai Perubatan” ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang diambil kerja dalam kapasiti perubatan oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri; “Pegawai Perubatan Kesihatan” ertinya mana-mana pengamal perubatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang sedang menjalankan kewajipan seorang Pegawai Perubatan Kesihatan di mana-mana kawasan, daerah atau kawasan pihak berkuasa tempatan, dan termasuklah Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Negeri dan mana-mana Timbalan Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Negeri, dan bagi maksud subseksyen 27(1), termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Pegawai Perubatan Kesihatan; “pekerja” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Kerja 1955; “pengamal perubatan berdaftar” ertinya seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]; “pengamal perubatan residen yang berdaftar”, berhubung dengan suatu estet, ertinya mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang diambil kerja oleh majikan dan yang tinggal di estet di mana pekerja diambil kerja; “pengurus residen”, berhubungan dengan suatu estet, ertinya mana-mana majikan atau ejen seorang majikan yang tinggal di, atau secara langsung bertanggungjawab ke atas, estet di mana pekerja itu diambil kerja; “tanggungan” ertinya suami atau isteri, ibu atau bapa (termasuk bapa tiri dan ibu tiri), datuk atau nenek, anak (termasuk anak tiri), saudara lelaki dan saudara perempuan (termasuk saudara lelaki dan perempuan seibu atau sebapa dan saudara tiri lelaki dan saudara tiri perempuan) seseorang pekerja, yang bergantung kepada pekerja itu, dan termasuklah— (a) mengenai seorang anak, anak tidak sah taraf atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan; dan (b) mengenai ibu atau bapa, ibu atau bapa seorang anak tidak sah taraf, dan mana-mana orang yang mengambil pekerja sebagai anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan; “tempat pekerjaan” ertinya suatu tempat yang kerja dijalankan oleh atau bagi pihak atau bagi seseorang majikan dan hendaklah termasuk mana-mana tempat yang pekerja ditempatkan oleh seorang majikan.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 446 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next