My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 11

Electricity Supply Act 1990 s 11

s 11 Power to enter on land for purposes of construction

(1) Subject to as herein after provided, whenever it is necessary so to do for the purpose of installing any system of distribution of electricity under this Act, a licensee may lay, place or carry on, under or over any land, other than State land, such posts and other equipment as may be necessary or proper for the purposes of the licensed installation, as the case may be, and may take such other action as may be necessary to render the installation safe and efficient, paying full compensation in accordance with section 16 to all persons interested for any disturbance, damage or disability that may be caused thereby and such compensation may include an annual payment for land used for the purpose of the posts or other equipment. (2) Before entering on any land for the purpose specified in subsection (1), the licensee shall give a notice stating as fully and accurately as possible the nature and extent of the acts intended to be done. The notice shall be substantially in the form set out in the First Schedule and the District Land Administrator shall specify a date upon which the State Authority shall inquire into any objection that may have been made as herein after provided. (3) The aforesaid notice shall be given— (a) in the case of alienated land, to the owner or occupier; (b) in the case of reserved land, to the officer or any other person in charge of the reserved land or, in the absence of any such officer or person, to the District Land Administrator, and may be sent by registered post or be left at the usual or last known place of abode of the person to whom it is to be given or served by the licensee or the District Land Administrator at the expense of the licensee, either in the manner herein before provided or in the manner provided for the service of notices by any written law relating to land in force in the State where the land is situated. (4) Any of the persons mentioned in subsection (3) may, within fourteen days of the receipt of the notice therein referred to, lodge an objection to the intended acts of the licensee. The objection may be made to the District Land Administrator, either verbally or in writing, and the District Land Administrator shall give notice of the objection to the State Authority and to the licensee. (5) If no objection is lodged within the time limited for that purpose by subsection (4), the licensee may forthwith enter on the land and do all or any of the acts specified in the notice given under subsection (2). (6) If an objection is lodged and is not withdrawn before the date fixed for the hearing thereof, the District Land Administrator shall hold an enquiry, giving all parties an opportunity to be heard. (7) Upon the conclusion of the enquiry the District Land Administrator may either unconditionally or subject to such terms, conditions and stipulations as he thinks fit, make an order authorizing or prohibiting any of the acts mentioned in the notice given under subsection (2). The order shall be substantially in the form set out in the Second Schedule: Provided that any party who is dissatisfied with the District Land Administrator’s order may within twenty-one days after the order appeal against such an order to the State Authority which may then uphold, set aside or vary the order upon such terms, conditions and stipulations as it thinks fit. (8) The State Authority may, if it thinks fit, in lieu of making an order under subsection (7), direct the acquisition of any land or part of any land included in a notice given under subsection (2). (9) The decision of the State Authority under this section shall be final. (10) Notwithstanding any written law relating to land matters, the Registrar— (a) upon the production to him of the notice issued by the licensee under subsection (2) together with the statement by the District Land Administrator that no objection had been lodged by any of the persons mentioned in subsection (3); or (b) upon the production to him of the original order made under subsection (7)and upon the deposit with him of a certified copy of such order, shall cause to be made on the register document of title relating to the land affected by the notice or order as the case may be, a note of the existence of the rights under such notice or order.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud pembinaan

(1) Tertakluk sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, bilamana perlu berbuat demikian bagi maksud memasang apa-apa sistem pengagihan elektrik di bawah Akta ini, pemegang lesen boleh meletakkan, menempatkan atau membawa di atas, di bawah atau melewati mana-mana tanah, selain tanah Negeri, apa-apa tiang dan kelengkapan lain yang perlu atau wajar bagi maksud pepasangan berlesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan boleh mengambil apa-apa tindakan lain yang perlu untuk menjadikan pepasangan itu selamat dan cekap, membayar pampasan penuh mengikut seksyen 16 kepada semua orang yang berkepentingan kerana apa-apa gangguan, kerosakan atau ketidakupayaan yang mungkin disebabkan olehnya dan pampasan itu boleh termasuk bayaran tahunan bagi tanah yang digunakan bagi maksud tiang atau kelengkapan lain itu. (2) Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah memberi notis yang menyatakan, dengan sepenuhnya dan setepatnya yang mungkin, jenis dan takat tindakan yang dicadangkan hendak dilakukan. Notis itu hendaklah pada sebahagian besarnya dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menyatakan tarikh Pihak Berkuasa Negeri akan menyiasat apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini. (3) Notis yang disebut terdahulu hendaklah diberikan— (a) dalam hal tanah beri hakmilik, kepada pemunya atau penduduk; (b) dalam hal tanah rizab, kepada pegawai atau orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang itu, kepada Pentadbir Tanah Daerah, dan boleh dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau yang akhir sekali diketahui bagi orang yang kepadanya notis itu hendak diberikan atau disampaikan oleh pemegang lesen atau Pentadbir Tanah Daerah atas perbelanjaan pemegang lesen, sama ada mengikut cara yang diperuntukkan terdahulu daripada ini atau mengikut cara yang diperuntukkan bagi penyampaian notis melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa dalam Negeri di mana tanah itu terletak. (4) Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (3) boleh, dalam masa empat belas hari selepas penerimaan notis yang disebut dalam subseksyen itu, menyerahkan suatu bantahan terhadap tindakan yang dicadangkan oleh pemegang lesen. Bantahan itu boleh dibuat kepada Pentadbir Tanah Daerah, sama ada secara lisan atau bertulis, dan Pentadbir Tanah Daerah hendaklah memberi notis mengenai bantahan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan kepada pemegang lesen. (5) Jika tiada bantahan diserahkan dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), pemegang lesen boleh dengan sertamerta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana tindakan yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2). (6) Jika bantahan diserahkan dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditentukan bagi pendengarannya, Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi semua pihak peluang untuk didengar. (7) Apabila tamatnya siasatan itu, Pentadbir Tanah Daerah boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut, membuat perintah yang membenarkan atau melarang mana-mana tindakan yang disebut da1am notis yang diberi di bawah subseksyen (2). Perintah itu hendaklah pada sebahagian besarnya dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Kedua: Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan perintah Pentadbir Tanah Daerah boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas perintah itu merayu terhadap perintah sedemikian kepada Pihak Berkuasa Negeri yang kemudiannya boleh mengesahkan, mengetepikan atau mengubah perintah itu atas apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut. (8) Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti daripada membuat suatu perintah di bawah subseksyen (7), mengarahkan pengambilan mana-mana tanah atau bahagian manamana tanah yang termasuk dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2). (9) Keputusan Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini adalah muktamad. (10) Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara mengenai tanah, Pendaftar— (a) apabila dikemukakan kepadanya notis yang dikeluarkan oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (2) berserta dengan pernyataan oleh Pentadbir Tanah Daerah bahawa tiada bantahan telah diserahkan oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (3); atau (b) apabila dikemukakan kepadanya salinan asal perintah yang dibuat di bawah subseksyen (7) dan apabila salinan terperaku bagi perintah itu disimpankan dengannya, hendaklah menyebabkan suatu nota mengenai kewujudan hak di bawah notis atau perintah itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang terjejas oleh notis atau perintah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Read this section in the full act →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next