My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 10

Electricity Supply Act 1990 s 10

s 10 Power to enter on and examine land

(1) Whenever it appears to the licensee that it will be necessary for him to exercise the powers conferred upon him by this Act in respect of any land other than State land for the purpose of constructing an installation or part of an installation, the licensee or any person authorized by him may, after giving not less than twenty-four hours notice to the occupier thereof, if any, enter upon the land, survey and take levels and do any other acts necessary to ascertain the suitability of the land, in so far as the same may be possible without causing damage or disturbance. (2) Nothing herein contained shall be deemed to authorize any person to cut down or clear away any vegetation or any fence or other erection or to enter into any building or upon any enclosure attached to any building. (3) In the case of reserved land, the notice under subsection (1) may be given to the officer or any other person in charge of the reserved land or, in the absence of any such officer or person, to the District Land Administrator.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memasuki dan memeriksa teliti tanah

(1) Bilamana ternyata pada pemegang lesen bahawa akan menjadi perlu baginya untuk menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini berkenaan dengan mana-mana tanah selain tanah Negeri bagi maksud membina suatu pepasangan atau sebahagian daripada suatu pepasangan, pemegang lesen atau mana-mana orang diberi kuasa oleh pemegang lesen bagi maksud itu boleh, selepas memberikan notis tidak kurang daripada dua puluh empat jam kepada penduduk tanah itu, jika ada, memasuki tanah itu dan membuat pengukuran dan mengambil aras dan melakukan segala perbuatan lain yang perlu untuk memastikan kesesuaian tanah, setakat yang mungkin tanpa menyebabkan kerosakan atau gangguan. (2) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan mana-mana orang memotong atau membuang apa-apa tumbuhan atau apa-apa pagar atau binaan lain atau memasuki mana-mana bangunan atau apa-apa kepungan yang dipasang pada mana-mana bangunan. (3) Dalam hal tanah rizab, notis di bawah subseksyen (1) boleh diberikan kepada pegawai atau mana-mana orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang itu, kepada Pentadbir Tanah Daerah.

Read this section in the full act →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next